Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update 7.2 PUBG [PC] menambah Ranked Mode & BOT! Mudahkan pengalaman pemain baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Update 7.2 PUBG [PC] menambah Ranked Mode & BOT! Mudahkan pengalaman pemain baru!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Corporation telah mendedahkan kemas kini terbaru untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds. Kemas kini 7.2 kini tersedia di server ujian, dan ia membawa banyak perubahan pada permainan battle royale kegemaran ramai ini. Yang terbesar mungkin adalah penambahan bot ke server PC. Bot sebelum ini ditambahkan pada konsol, dan peminat PUBG nampaknya tidak beberapa suka dengan penambahan tersebut. Walaubagaimanapun, PUBG Corporation berharap penambahan bot akan memberi pemain baru peluang yang lebih baik untuk belajar di dalam permainan, dan meningkatkan keyakinan ketika bermain. Bot tidak akan muncul dalam Ranked Mode, jadi pemain yang tidak suka ciri ini boleh bertenang.

Ranked Mode juga merupakan salah satu perubahan yang lebih ketara. Ranked Mode menggantikan Survival Title, dan hanya perlawanan Ranked Mode sahaja yang akan memberi kesan pada rank pemain. Rank pemain akan meningkat atau menurun pada setiap perlawanan, berdasarkan prestasi mereka. Terdapat enam rank yang terdapat dalam Ranked Mode iaitu: Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond, dan Master. Dalam setiap rank ini, terdapat juga lima peringkat. Pada awal setiap musim, pemain akan bermula pada rank yang rendah, dan harus berusaha untuk meningkat rank. Pemain yang diberi rank Diamond atau Master akan mula melihat peringkat mereka “jatuh” sekiranya mereka tidak bermain sebarang perlawanan Ranked Mode selama seminggu atau lebih.

Perlawanan Ranked Mode menampilkan mod Squad TPP atau FPP. Perlawanan ini akan berlangsung di Erangel, Miramar, atau Sanhok, secara rawak. Setelah musim berakhir, pemain akan menerima ganjaran berdasarkan rank mereka, termasuk papan nama dan lambang yang mengesahkan peringkat mereka. Pemain yang mencapai kedudukan Gold atau lebih tinggi akan menerima beberapa skin. Sebagai sebahagian daripada kemas kini, Leaderboard juga telah melihat beberapa perubahan untuk mencerminkan penambahan ciri-ciri baru.

Kemas kini 7.2 juga menambah sejumlah perubahan kecil pada permainan. Ini termasuk kemas kini pada letupan Gas Can, sistem Replay, dan lain-lain. Untuk baca info penuh, sila layari laman web rasmi PUBG.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BotPCPlayerUnknown's BattlegroundspubgRanked ModeUpdate 7.2
Previous Post

Butiran baru tentang movie live-action NARUTO timbul di atas talian!

Next Post

Filem ke-23 Pokemon the Movie: Coco ditangguhkan! Misi Ash tergendala!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Filem ke-23 Pokemon the Movie: Coco ditangguhkan! Misi Ash tergendala!

Filem ke-23 Pokemon the Movie: Coco ditangguhkan! Misi Ash tergendala!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd