Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Until Dawn 2 Tidak Akan Berlaku, Kata Supermassive Games

Fokus kepada game baharu!

Wakambing by Wakambing
May 9, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Until Dawn 2 Tidak Akan Berlaku, Kata Supermassive Games
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tajuk eksklusif AAA PS4 yang mempunyai genre seram dan menarik adalah Until Dawn, iaitu sebuah permainan video yang memfokuskan pilihan pemain dan akibat di sebalik pilihan tersebut. Secara ringkas, pemain akan mengikuti sekumpulan remaja ke ski resort di mana berlakunya satu kes pembunuhan dan pembunuhnya tidak dikenali dan masih bebas. Bergantung kepada pilihan yang pemain buat, ia akan menentukan siapa yang akan kekal hidup dan mati. Walau bagaimanapun, peminat yang tertunggu-tunggu sekuel untuk game ini, Supermassive Games mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan hasilkan Until Dawn 2.

Until Dawn

Menurut Game Informer, CEO dan pengeluar eksekutif, Pete Samuels, berkata pasukan mereka mahu bergerak dan menceritakan kisah baru, dan projek baru mereka, Man of Medan, yang juga merupakan sebahagian daripada antologi Dark Pictures.

“Selepas Until Dawn, ramai yang meminta sekuel, dan ia masih berlaku sehingga hari ini, jadi kami tahu ada fanbase yang sukakan game seperti itu. Jika kami ingin membuat sekuel, kami tidak tahu siapa yang terselamat. Maksud saya, kami mungkin dapat melakukannya berdasarkan game save pemain, tetapi kami tidak mahu membuat sekuel dengan jalan cerita yang sama. Kami mahu membuat cerita yang berbeza dengan orang yang berbeza.” kata Samuels.

Walaupun Supermassive mendengar permintaan peminat untuk sekuel Until Dawn, syarikat itu mahu memberikan lebih banyak daripada apa yang permainan seperti itu boleh dilakukan, dan ia tidak mahu menghasilkan hanya sekadar sekuel. Jadi, buat waktu ini, studio itu lebih memfokuskan kepada antologi Dark Pictures kerana kebebasan dan peluang untuk mencuba subjek dan watak-watak baru dalam setiap cerita. Mereka juga tidak terikat dengan sejarah dan watak yang pernah digunakan.

Antalogi yang pertama, Man of Medan akan mengikuti empat pemuda Amerika dan seorang kapten kapal di laut selatan pasifik dalam perjalanan untuk menyelam dan mencari kapal perang era Dunia II. Sama seperti Until Dawn, pemain akan dipaksa membuat pilihan yang akan menentukan nasib watak-watak dalam game tersebut. Man of Medan akan hadir tahun ini pada platform PS4, Xbox One dan juga PC.

Sumber: Game Informer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2PS4Supermassive Gamesuntil dawn
Previous Post

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 memperkenalkan kuasa blood magic Tremere Clan!

Next Post

‘Goat of Duty’ adalah Call of Duty Versi Kambing

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
‘Goat of Duty’ adalah Call of Duty Versi Kambing

'Goat of Duty' adalah Call of Duty Versi Kambing

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd