Universal Pictures telah mengumumkan kolaborasi baharu yang menarik bersama SEGA untuk membawa francais permainan video Shinobi yang terkenal ke bentuk filem.
Adaptasi aksi langsung ini akan diarahkan oleh Sam Hargrave, yang terkenal dengan karyanya dalam francais Extraction, dengan skrip yang diadaptasi oleh Ken Kobayashi, penulis terkenal di sebalik filem Sunny dan Move On.

Filem Shinobi ini akan mengekalkan intipati siri game ikonik yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987 sebagai game arked klasik. Francais Shinobi berpusat pada watak Joe Musashi, seorang ninja moden yang diberi tugas untuk melawan kuasa jahat dalam situasi yang epik dan penuh aksi.
Lama kelamaan, siri ini telah berkembang menjadi 14 game, termasuk spinoff dan port, dengan lebih daripada lima juta salinan terjual di seluruh dunia. Dengan fokusnya terhadap aksi pantas dan seni bela diri yang intens, Shinobi telah membina pangkalan peminat setia yang telah lama menantikan peralihannya ke layar perak.

Selain daripada arahan Hargrave dan penulisan Kobayashi, filem ini akan mempunyai pasukan produksi yang hebat. Marc Platt dan Adam Siegel akan berkhidmat sebagai penerbit melalui Marc Platt Productions, manakala Dmitri M. Johnson, yang menghasilkan Sonic the Hedgehog, akan menerbit melalui Story Kitchen.
Toru Nakahara dari SEGA juga akan memainkan peranan penting sebagai penerbit, memastikan adaptasi ini kekal setia kepada semangat game asal. Mike Goldberg akan menjadi penerbit eksekutif bersama Timothy I. Stevenson, yang turut berkhidmat sebagai penerbit bersama.

Francais Shinobi kali terakhir dilihat mengusik entri baharu semasa di The Game Awards 2023, yang telah mencetuskan minat baharu terhadap francais ini. Walaupun butiran mengenai game baharu ini masih dirahsiakan, SEGA telah berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post