UNIQLO mengumumkan bahawa koleksi UT Final Fantasy akan tersedia pada 25 April di semenanjung Malaysia manakala 2 Mei untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi UT baru ini akan menampilkan 16 tajuk daripada siri Final Fantasy termasuklah entri terbaru, Final Fantasy XVI. UT ekslusif baru ini akan membawa peminat ke dalam dunia hebat francais game RPG itu.
Koleksi kolaborasi UT pertama dengan Final Fantasy ini akan mempamerkan adegan penting, watak-watak unik dan episod yang tidak dapat dilupakan. Koleksi ini termasuk reka bentuk seni piksel dari zaman klasik, adegan pertempuran yang mendebarkan hati, grafik yang mengagumkan dan butiran lain yang pasti akan menggembirakan hati mana-mana peminat.
Bagi sesiapa yang berminat, UNIQLO Final Fantasy UT akan mula dijual pada Isnin, 25 April di Malaysia Barat dan Isnin, 2 Mei di Malaysia Timur serta boleh didapati di semua kedai UNIQLO di seluruh negara dan uniqlo.com
Buat masa ini, harga rasmi belum diumumkan. Berikut adalah senarai reka bentuk yang ditawarkan:
Tentang siri Final Fantasy
















Tentang siri Final Fantasy
Sejak memulakan debut pada tahun 1987, Final Fantasy telah mendapat pujian di seluruh dunia untuk teknik visual yang canggih, gaya unik dan jalan cerita yang menarik. Pada tahun 2017, ia menerima pengiktirafan Guinness World Records sebagai siri game RPG yang paling prolifik, setelah mengeluarkan 87 tajuk untuk siri itu. Peminat juga boleh nantikan entri terbaru, Final Fantasy XVI.
Untuk lebih banyak maklumat tentang Uniqlo, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post