Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Undi Monster Kegemaran Daripada Francais Monster Hunter, Ada 229 Jenis Untuk Pilih!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2023
in Artikel, Berita, Game, Senarai
0 0
0
Undi Monster Kegemaran Daripada Francais Monster Hunter, Ada 229 Jenis Untuk Pilih!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk menyambut ulang tahun ke-20 francais Monster Hunter pada tahun depan, Capcom pastinya akan menyediakan pelbagai kejutan istimewa untuk peminat – termasuk pengumuman untuk game baru jika kita bernasib baik. Sebagai permulaan, mereka kini mengadakan ‘sesi undi’ secara besar-besaran untuk menentukan Monster kegemaran dalam francais Monster Hunter melalui event Hunters’ Choice!

20 years. 229 monsters. Which monster reigns supreme? Hunters, it's your time to vote for your all-time top monster in this special 20th anniversary poll!

Voting runs from November 20, 2023 to December 20, 2023. Vote now!

👉 https://t.co/bPKyMqmjVM#MH20Choice #MonsterHunter pic.twitter.com/aWkG4HZ21n

— Monster Hunter (@monsterhunter) November 21, 2023

Secara khususnya, sesi pengundian Hunter’s Choice telah dibuka secara rasmi sejak semalam, di mana peminat boleh mula mengundi sehingga 20 Disember melalui halaman rasmi di SINI.

Mereka yang ingin menyertai perlu log masuk menggunakan ID CAPCOM yang sah untuk satu undi sahaja. Semua peminat yang mengundi akan diberikan hadiah wallpaper khas bertemakan ulang tahun ke-20. Selain itu, tiga monster dengan undian tertinggi akan menerima ilustrasi original daripada pasukan Capcom untuk meraikan populariti mereka.

Kredit: Capcom

Memilih monster kegemaran anda dalam siri ini sememangnya tidak mudah, memandangkan ada sebanyak 229 jenis monster berbeza. Tetapi jika anda merujuk kepada beberapa undian lain yang diadakan sebelum ini, nama teratas yang sentiasa muncul adalah seperti Zinogre, Mizutsune dan Rathalos.

Atas sebab ini, ada kemungkinan ketiga-ketiga monster ini boleh masuk ke Top 10 atau Top 5. Walaupun begitu, undian kali pasti lebih sengit, lagi-lagi dengan kehadiran banyak monster baru daripada Monster Hunter Rise: Sunbreak.

Jadi, jangan lupa untuk undi Monster kegemaran anda daripada Monster Hunter!

Kredit: Capcom

Alang-alang bercakap tentang ulang tahun ke-20 Monster Hunter, kami turut dapat menemu bual Ryozo Tsujimoto selaku produser francais tentang rancangan pada masa depan dan topik menarik lain. Bagi mereka yang ingin tahu, anda boleh membaca ringkasan lengkap di SINI.


Dapatkan segala berita kami tentang Monster Hunter di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: monster hunterundi
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Autumn Sale 2023 Kini Berlangsung, Akan Berakhir pada 29 November!

Next Post

Diablo IV Percuma di Steam Untuk Masa Terhad! Jom ke Sanctuary Ramai-ramai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diablo IV Percuma di Steam Untuk Masa Terhad! Jom ke Sanctuary Ramai-ramai!

Diablo IV Percuma di Steam Untuk Masa Terhad! Jom ke Sanctuary Ramai-ramai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd