Sebagai anugerah tahunan paling berprestij dalam industri gaming, The Game Awards nampaknya telah membuka undian untuk kategori Player’s Voice di mana 30 game bersaing antara satu sama lain untuk menentukan siapakah pilihan terbaik untuk para gamer pada tahun ini.
Bukan sahaja game yang dikeluarkan tahun ini, malah beberapa judul dari beberapa tahun lepas juga kembali dalam senarai. Berikut adalah senarai lengkap untuk pusingan undian pertama:
- Alan Wake 2
- Apex Legends
- Armored Core VI
- Baldur’s Gate 3
- Counter-Strike 2
- Cyberpunk 2077
- Destiny 2
- Diablo IV
- Final Fantasy XVI
- Fortnite
- Genshin Impact
- GTA Online
- Hi-Fi Rush
- Hogwarts Legacy
- Honkai: Star Rail
- League of Legends
- Lies of P
- Marvel’s Spider-Man 2
- Minecraft
- Mortal Kombat 1
- No Man’s Sky
- Octopath Traveler II
- Resident Evil 4
- Star Wars Jedi: Survivor
- Starfield
- Street Fighter 6
- Super Mario Bros. Wonder
- The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom
- Valorant
- Warframe

Player’s Voice adalah kategori istimewa di mana 100% daripada undian datang daripada gamer; sangat berbeza daripada semua kategori lain yang mengutamakan keputusan daripada juri. Walaupun kelihatan seperti kategori yang menarik, Player’s Voice juga sering menjadi medan peperangan antara komuniti untuk menunjukkan betapa besarnya cinta terhadap game masing-masing.

Sebagai contoh, kedua-dua Genshin Impact dan Honkai Star Rail mempunyai komuniti yang sangat besar, apatah lagi datang daripada pencipta yang sama iaitu HoYoverse. Bagi mereka yang tidak tahu, Genshin Impact merupakan pemenang terakhir dalam kategori Player’s Voice di The Game Awards 2022 selepas bersaing rapat dengan Sonic Frontiers. Kali ini, mungkin susah untuk Genshin Impact mengulangi pencapaian yang sama kerana ia perlu bersaing dengan banyak game baru yang hebat, setiap satu dengan komuniti yang sangat besar.

Bagi mereka yang berminat, kategori Player’s Voice kini dibuka dan anda boleh undi terus melalui halaman rasmi di SINI. Undian bagi kategori ini dibahagikan kepada beberapa pusingan, di mna pusingan pertama akan dibuka sehingga 30 November. Pada masa yang sama, untuk mengundi semua kategori utama dalam The Game Awards 2023, anda boleh menyemak di SINI.
Dapatkan segala berita kami tentang The Game Awards di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post