Baru-baru ini, Epic Games tidak sengaja membocorkan tarikh rasmi Uncharted: Legacy of Thieves Collection pada 20 Jun 2022. Namun, mereka menarik semula tarikh rasmi dengan menggantikannya kepada ‘akan datang’. Nampaknya, mereka membocorkan tarikh tersebut terlalu awal.
Sebelum ia dilancarkan di PC, game ini telah dilepaskan di PS5 pada Januari yang lalu. Jika korang berminat, boleh tengok review Uncharted: Legacy of Thieves Collection dari kami disini.

Kepada yang tidak tahu, Naughty Dog telah mengumumkan bahawa mereka membawa francais Uncharted ke PS5 dan PC dengan pelepasan Uncharted: Legacy of Thieves Collection pada tahun lepas.
Paket remaster baru ini merangkumi Uncharted 4: A Thief’s End, yang menampilkan Nathan Drake ketika dia memburu harta karun Kapten Avery yang telah lama hilang, berangkat untuk satu petualangan terakhir yang melintasi hutan Madagascar hingga koloni lanun Libertalia yang telah lama hilang. Ini juga termasuk Uncharted: The Lost Legacy, yang menceritakan eksploitasi pelarian Chloe Frazer ketika dia beralih dari ‘frenemy’ ke ‘hero’. Dengan meminta bantuan tentera upahan terkenal Nadine Ross, Chloe berusaha ke Ghats Barat India untuk mencari Golden Tusk of Ganesh.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection telah tersedia sejak Januari lalu untuk PS5 manakala versi PC sedang dibangunkan oleh rakan kongsi Naughty Dog di Iron Galaxy dan akan dilancarkan sejurus selepas versi PS5.
Mereka cukup gembira kerana lebih ramai pemain akan berpeluang bertemu (dan jatuh cinta dengan) Nathan, Chloe, Nadine, dan pemain lain di Uncharted: Legacy of Thieves Collection.
Tentang Uncharted 4: A Thief’s End
Disetkan tiga tahun selepas peristiwa Uncharted 3: Drake’s Deception, Nathan Drake mungkin telah meninggalkan dunia memburu kekayaan. Namun, abang Drake, Sam, muncul semula meminta pertolongan Drake untuk menyelamatkan nyawanya dan menawarkan pengembaraan yang tidak dapat ditolak oleh Drake.

Semasa mencari harta karun Kapten Henry Avery yang telah lama hilang, Sam dan Drake berangkat mencari Libertalia, utopia lanun jauh di hutan Madagascar. Uncharted 4: A Thief’s End membawa pemain dalam perjalanan mengelilingi dunia, melalui pulau-pulau hutan, kota-kota yang jauh dan puncak-puncak salji dalam mencari kekayaan Avery.
Tentang Uncharted: The Lost Legacy
Dari pemaju pemenang anugerah, Naughty Dog hadir game Uncharted baru, yang dibintangi oleh Chloe Frazer.

Untuk mendapatkan semula artifak kuno dan menjauhkannya dari tangan orang kejam, Chloe mesti meminta bantuan tentera upahan terkenal Nadine Ross dan menjelajah ke Ghats Barat India untuk mencari Golden Tusk of Ganesh. Dalam perjalanan terhebat Chloe, dia harus menghadapi masa lalunya dan memutuskan apa yang dia rela korbankan untuk membentuk legasinya sendiri.

Saya ingin mengingatkan kepada anda, bahawa tarikh pengeluaran ini mungkin tidak rasmi dan tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh Naughty Dog atau PlayStation PC. Jika, korang berminat dengan Uncharted: Legacy of Thieves Collection, boleh letak dalam ‘wishlist’ dahulu melalui Epic Games Store. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Uncharted, sila klik pautan ini.
Sumber: Epic Games Store
@gamersantaimy
Discussion about this post