Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Zenless Zone Zero Media Kit – Pakej Khas Daripada New Eridu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 3, 2024
in Artikel, Berita, Unboxing
0 0
0
Unboxing Zenless Zone Zero Media Kit – Pakej Khas Daripada New Eridu!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan keluaran Zenless Zone Zero akan datang pada 4 Julai 2024, HoYoverse dengan baik hatinya telah menghantar pakej “media kit” yang penuh dengan barangan istimewa berdasarkan watak dan dunia di dalam game. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah unboxing kami untuk Zenless Zone Zero Media Kit!

Kotak Khas Pemberian Bangboo

Daripada awal lagi, kami disambut oleh kotak khas yang menyerupai skrin TV. Di muka depan kotak menunjukkan sekumpulan Bangboo (robot comel di dalam game) sedang bersorak, yang benar-benar menunjukkan kecomelan aneh yang selalu dipancarkan oleh makhluk-makhluk ini.

Lebih istimewa lagi, kotak itu dibahagikan kepada Side A dan Side B, yang mengingatkan saya pada zaman kaset dahulu. Setiap Side mempunyai barangan sendiri, jadi anda boleh bayangkan betapa besar media kit kali ini.

Mousepad Bontot?

Kita lihat dahulu Side B, yang nampaknya menyimpan Bangboo terbesar dalam pakej ini. Ini sebenarnya adalah mousepad, tetapi nampaknya siapa yang buat memang berusaha keras untuk memastikan keselesaan maksimum bagi penggunanya.

Diperbuat daripada gel dan fabrik, Bangboo comel ini membenarkan kami untuk merehat tangan di atas punggungnya jika penat. Ini memastikan pergelangan tangan kita tidak sakit semasa kerap menggunakan mouse.

Side A Menyimpan Lagi Banyak Rahsia

Berbalik ke Side A, di sinilah tempat yang menyimpan semua barangan-barangan lain. Pertama sekali, terdapat stand akrilik untuk watak Koleda Belobog. Walaupun sekadar hiasan akrilik, ia menunjukkan setiap butiran dengan terperinci.

Seterusnya adalah set 3 lencana yang menampilkan adik-beradik Demara dan Billy Kid. Diperbuat daripada aluminium, lencana ini mempunyai kilauan metalik cantik apabila dipasang di pakaian atau beg. Sebagai bonus, kami tidak pernah melihat reka bentuk ini di tempat lain sebelum ini, jadi ia mungkin seni baharu yang dibuat hanya untuk item ini.

Satu lagi barang di dalam media kit ini ialah sekumpulan poskad, masing-masing mempamerkan faction berbeza di New Eridu termasuk daya tarikan masing-masing. Malah, watak Proxy (iaitu watak kita sebagai pemain) pun mendapat kad sendiri!

Terdapat juga 2 kotak magnet peti sejuk yang mempamerkan detik-detik comel Zenless Zone Zero seperti telatah Bangboo dan pelbagai NPC bandar. Apa yang mengejutkan saya, adalah kebanyakannya diperbuat daripada 2 lapisan akrilik, yang memberikan rasa dimensi kepada bentuk magnet yang selalunya rata.

Casing Khas Untuk Switch?

Akhir sekali, media kit Zenless Zone Zero mempunyai casing game yang direka khas untuk kad Nintendo Switch.

Dihiasi dengan reka bentuk kaset sama seperti kotak, casing ini boleh memuatkan sehingga 24 game dan cukup kecil untuk dimuatkan di mana-mana beg. Slot yang meletakkan kad diperbuat daripada silikon dan cukup kukuh untuk memegang kad dengan kemas tanpa merosakkannya.

Tetapi game ini tidak akan dilancarkan di Switch? Adakah itu petanda ZZZ akan datang ke platform Nintendo?


Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kami di HoYoverse kerana menghadiahkan pakej unboxing Zenless Zone Zero yang menarik ini. Game ini akan dilancarkan pada 4 Julai 2024 untuk PlayStation 5, iOS dan Android serta PC melalui Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: UnboxingZenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

PC Mungkin Boleh Rosak Selepas League of Legends Tambah Vanguard Anti-Cheat

Next Post

Apex Legends: Upheavel – Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apex Legends: Upheavel – Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!

Apex Legends: Upheavel - Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd