Walaupun game sudah lama dikeluarkan sejak bulan Oktober lalu, peminat masih menantikan satu perkara. Akhirnya, Sonic X Shadow Generations Collector’s Edition telah tiba di Malaysia, dan kami tidak sabar untuk berkongsi isi kandungannya bersama anda semua!
Keluaran eksklusif ini menawarkan pelbagai koleksi istimewa yang meraikan legasi Sonic dan Shadow sambil memberikan sentuhan moden. Berikut adalah pandangan mendalam mengenai apa yang ada dalam kotak impian bagi para pengumpul ini.

Game Edisi Fizikal
Bintang utama koleksi ini pastinya edisi fizikal game Sonic X Shadow Generations. Dibungkus dalam kotak yang dihiasi dua protagonis utama, game ini membawa Sonic dan Shadow dalam sebuah pengembaraan epik. Ia menggabungkan aksi pantas Sonic dengan elemen gameplay lebih gelap dan dramatik milik teman baharu, Shadow the Hedgehog.
Figura Shadow
Item utama dalam Edisi Collector ini adalah figura Shadow yang terlampau mengagumkan. Dengan ketinggian 12cm, figura ini menampilkan Shadow dalam pose yang bergaya, lengkap dengan Doom Powers baharu. Tahap perincian sangat teliti, menangkap setiap aspek rupa ikonik Shadow. Saya pun yakin ia pasti menjadi tarikan utama untuk koleksi mana-mana peminat.
Rantai Kunci Kasut
Satu lagi item menarik adalah rantai kunci yang diinspirasikan oleh satu-satunya pakaian ikonik siri ini—kasut Sonic dan Shadow! Direka dengan penuh teliti, rantai kunci ini membawa rekaan kasut mereka ke dalam bentuk mini yang bergaya. Sangat sesuai untuk menyerlahkan minat anda pada kunci atau beg.
Buku Seni
Melengkapkan koleksi ini ialah buku seni mempesonakan, dipenuhi dengan ilustrasi menakjubkan dari game. Daripada reka bentuk watak hingga konsep peringkat, buku ini memberi pandangan eksklusif tentang seni dan imaginasi di sebalik penghasilan Sonic X Shadow Generations. Untuk peminat seni dan game, buku ini adalah harta yang tidak ternilai.
Sonic X Shadow Generations Collector’s Edition kini boleh didapati di Malaysia melalui beberapa kedai terpilih seperti Impulse Gaming dan Unity Game. Stok sangat terhad, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan koleksi hebat ini.
Bagi mereka yang berminat, Sonic X Shadow Generations kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, dan Epic Games Store. Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post