Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing SIEGE YEAR 6 Collector’s Case – Sledgehammer ikonik untuk peminat R6!

Maira by Maira
September 7, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Shopee/Lazada, Unboxing
0 0
0
Unboxing SIEGE YEAR 6 Collector’s Case – Sledgehammer ikonik untuk peminat R6!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft telah memperkenalkan set koleksi Rainbow Six Siege 6 (R6) sempena ulang tahun ke-6 game itu pada beberapa bulan yang lepas. Set koleksi ini diberi nama “Siege Year 6 Collector’s Case” dan akan dilancarkan pada musim luruh ini. Produk ini merupakan produk pre-order dan set ini hanya terhad kepada 7000 set untuk seluruh dunia. Tanpa melengahkan masa, mari kita tengok apa yang terkandung dalam koleksi ini!

Set koleksi ini datang dengan kotak yang simple dan memaparkan dua karakter R6 iaitu Flores dan Caveira. Walaupun kotaknya nampak simple, jangan ingat item dalamnya itu item biasa-biasa. Jadi mari kita buka dan lihat item-item yang ada di dalam kotak ini!

Replika Sledgehammer – tukul ikonik R6

Replika Sledgehammer ini berukuran sepanjang 50 cm! Tukul replika ini terbahagi kepada dua bahagian dan disambung menggunakan skru yang telah ada pada bahagian tukul tersebut. Jadi, setelah digabungkan ,korang akan dapat replika yang hebat ini. Replika tukul ini berskala 1:2, jadi saiznya tidak jauh beza dengan saiz sebenar yang ada dalam game R6. Kita juga boleh lihat pada fabrik Tartan yang ada pada pemegang tukul ini. Sledgehammer ini diperbuat menggunakan bahan PVC, ABS dan fabrik.

Walaupun diperbuat menggunakan PVC, kita boleh lihat kekemasan replika ini. Hasil akhir yang diletakkan pada replika ini memberikan kesan sebenar! Ini membuatkan Sledgehammer ikonik ini nampak betul dan hebat. Replika sledgehammer ini juga didatangkan dengan stand display, yang membolehkan kita meletakkan hammer itu untuk ditayangkan.

RelatedPosts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Tachanka Sparkle Chibi

Figura chibi Tachanka ini datang bersama kotak kecil yang comel. Tachanka chibi ini hanyalah bersaiz 20 cm dan sesuai jika mahu dikumpul oleh peminat tegar R6. Figura ini sudah tentunya tidak akan makan ruangan yang besar seperti replika sledgehammer yang hadir dalam collector case ini. Figura chibi ini juga mengambil skin Tachanka dari acara “Rainbow is Magic”. Tachanka chibi ini juga nampak sangat terperinci walaupun bersaiz kecil. Sememangnya berbaloi untuk sesiapa yang inginkan Tachanka mini untuk koleksi mereka.

Keychain emas IQ

Seterusnya, mari kita lihat pada keychain emas yang diinspirasikan oleh watak IQ. IQ merupakan operator emblematic GSG6 dalam R6. Saiznya boleh dikatakan hampir sama tinggi dengan kaki figura Tachanka tadi. Walaupun keychain ini kecil, kita masih lagi dapat nampak mata IQ yang tajam memandang kita sambil memegang pistol.

Patch sulaman unik R6

Turut berada dalam Siege 6 Collector’s case ini ialah tampalan sulaman unik mampu menunjukkan bahawa kita merupakan seorang ahli pasukan Rainbow Six. Kita boleh lihat simbol R6 yang direka seperti medal. Hasil sulaman tampalan ini sungguh kemas malah membuatkan kita rasa seperti menjadi ahli Rainbow Six yang sebenar!

Litografi R6

Sampul ungu yang ada dalam set koleksi ini mengandungi tiga litografi yang telah direka oleh artis-artis yang berbakat dari komuniti R6. Setiap litografi yang ada menunjukkan stail lukisan yang berbeza membuatkan set koleksi ini lebih bermakna.

Sijil autentik R6

Set koleksi ini juga mengandungi sijil autentik yang mempunyai tandatangan daripada pasukan produksi R6. Pada sijil itu juga ada tertulis ucapan terima kasih daripada pasukan produksi game itu. Yang menarik pada sijil ini ialah sijil tersebut mempunyai nombor set koleksi yang kita dapat. Jadi, sijil ini hanya wujud sehingga nombor 7000!

Itu sahaja yang kami dapat tunjukkan dalam set koleksi R6 ini. Item-item yang disediakan sangat sesuai untuk dikumpul oleh peminat Rainbow Six Siege. Korang bolehlah tayang sledgehammer itu dekat bilik. Manalah tau berguna ke nanti.

Harga untuk SIEGE YEAR 6 Collector’s Case ini ialah RM 425. Jadi kalau korang nak jadi salah seorang yang memiliki SIEGE YEAR 6 Collector’s Case ini, boleh pergi ke store rasmi Ubisoft di Shopee. Baik korang cepat sebelum stok habis ya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Collector's caseRainbow Six Siegeubisoft
Previous Post

“Tostador” memang nampak real lah! Jom unboxing Collector’s Edition Far Cry 6 yang gempak ni!

Next Post

Unboxing santai: Master Assassin Ezio & Six Collection: Hibana!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Unboxing santai: Master Assassin Ezio & Six Collection: Hibana!

Unboxing santai: Master Assassin Ezio & Six Collection: Hibana!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd