Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing review MobaPad M073 Game Controller – Selesa, mudah digunakan, berbaloi!

Nyny.A by Nyny.A
September 6, 2021
in Artikel, Berita, M4G, Review, Review Produk, Teknologi, Unboxing
0 0
0
Unboxing review MobaPad M073 Game Controller – Selesa, mudah digunakan, berbaloi!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, M4G telah menghantar sebuah produk untuk kami unboxing. Produk kali ini adalah sebuah Controller Wireless yang bernama MobaPad M073 Game Controller. Jarang kami nak dapat sebuah controller ni, jadi kami menghabiskan hujung minggu kami untuk mencuba sendiri MobaPad M073 ini.

MobaPad ini agak menarik kerana ianya boleh dipasangkan pada PC, Nintendo Switch, Android dan iOS. Tapi sayangnya di PS4 je tak boleh. *sobs*~

Jadi jom kita Unboxing terdahulu!

Baiklah dari dalam kotak yang perlu saya tolak untuk menampilkan isi dalam ini tersedia lah sebuah Controller MobaPad M073, sebuah kad panduan dimana anda juga boleh scan QR Code QQ, Sebuah Bluetooth Receiver yang berbentuk macam pendrive, dan juga sebuah kabel pengecas Type-C.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Keselesaan di genggaman

MobaPad M073 yang diterima adalah berwarna kelabu. Sejujurnya, Controller ini sebenarnya agak berat berbanding dengan controller Dualshock PS4 dan Dualsense PS5 di office. Tetapi, walaupun ianya berat, genggaman tangan saya pada controller ini agak selesa kerana tangan saya agak terletak mengikut rekaannya. Jika dilihat sekeliling Controller ini, bahagian depan mempunyai agak banyak butang dan juga dua joystick. Mungkin tidak banyak berbeza rekaannya dengan Controller Wireless Xbox, tetapi tetapan mapping akan berubah tiap kali anda bermain. 

Butang tersedia di bahagian depan terdapat butang Screenshot (Dimana kadang-kadang menjadi ikut permainan yang dimain), belah kanan terdapat butang untuk menyambungkan wireless pairing kepada pc. Terdapat juga butang vibrate untuk kita buka atau tutupnya dan dikanannya adalah butang tetapan dimana tiap kali membukanya akan terus ke tetapan dalam permainan. Terdapat Home Button di tengah yang seperti reset button kemudian terdapat juga “Rapid fire button” yang boleh digunakan di sesetengah permainan. Belah kiri terdapat butang anak panah atas, bawah, kiri, kanan , dan terakhir di kanan adalah butang Y,X,A,B .

Baiklah butang Y,X,A,B  ini sama seperti controller Xbox, cuma turutannya tidak sama kerana Xbox (bermula dari kiri adalah X,Y,B,A). Ini adalah masalah kekok utama yang akan terjadi dalam kebanyakkan permainan di PC, kerana tetapan selalunya mengikut controller Xbox. Ada sesetengah permainan boleh ditukar mappingnya, jadi mudah sedikit, tetapi kebanyakan nya adalah tetap. Jadi sebagai contoh saya perlu melompat adalah A (dibawah) di Xbox, tetapi MobaPad saya harus menekan B di bawah untuk melompat. Jadi pada mula kegunaanya agak kekok kerana dah terbiasa dengan turutan controller xbox. Tapi jangan risau, makin lama anda gunakan, makin terbiasa.

Kemudian bahagian atas terdapat butang L1, L2 R1, R2, nasib baik ini tidak berubah. Jadi mudah untuk kita zoom dan tembak mengikut tetapan asal permainan. Setiap butang dan joystick MobaPad ini tiada masalah dengan kelewatan. Ianya sememangnya berjaya mengikut jalan permainan dengan mudah, sedangkan menekan joystick juga tidak keras. Apabila bermain game fighting pun, joystick mengikuti laju tanpa sebarang masalah dalam penggerakan kita.

Bermain di Android phone mungkin akan menyakitkan mata disebabkan harus memasang bluetooth transceiver tersebut. Tetapi tiada sebarang masalah dalam permainan langsung dan semuanya lancar. 

Jadi untuk sambungannya memang mudah. Hanya pasangkan Bluetooth Receiver di usb PC anda contohnya, ianya akan terus disambungkan selepas menekan home button lama-lama. (Jangan risau, tidak lebih 3 saat pun dah tersambung) Jika di Nintendo Switch, Android pula anda juga boleh menghubungkannya terus melalui bluetooth receiver tersebut dengan mudah. 

Ketahanan Wireless yang lama

Bagi anda yang kaki gamers, saya rasa tidak perlu terlalu risau dalam situasi ini. Saya bermain beberapa permainan lebih dari 6 jam, saya dapati bateri masih hidup Port pengecas juga di bahagian atas controller ini jadi ianya tidak akan mengganggu keselesaan ketika memegangnya. Anda boleh terus pasang kabel pada port, dan di butang Home akan nampak ianya berkedip jika sedang dicaj, jika penuh ianya akan berhenti kedip. 

Kesimpulannya

Sejujurnya, mungkin ianya terasa agak berat, tapi lama-kelamaan berat tersebut tidak terlalu terasa. Pegangan sangat selesa, joystick diatasnya ada getah silikon yang menyelesakan ibu jari ketika menggunakannya, tidak terasa berpeluh pun. Butang lain juga berfungsi baik, tekanan agak mudah, tidak tersekat. Satu lagi, bateri tahan lama, jadi saya tidak terlalu risau untuk bermain game selama beberapa jam. Lagipun kabel pengecas pun masih boleh berfungsi ketika disambungkan ke controller ni. 

Jadi jangan lupa untuk dapatkan MobaPad M073 Game Controller di laman web M4G sekarang, dan harganya, murah gais! Hanyalah RM149 yang kini tengah diskaun! Terima kasih M4G untuk unit review ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: M4GMobaPad M073 Game Controller
Previous Post

[UPDATE] Respon Miss Farr kepada kes gangguan seksual oleh rakan sendiri

Next Post

Bandai mengumumkan Wireless Earbud bertema Kamen Rider! Siap bunyi Henshin!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bandai mengumumkan Wireless Earbud bertema Kamen Rider! Siap bunyi Henshin!

Bandai mengumumkan Wireless Earbud bertema Kamen Rider! Siap bunyi Henshin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd