Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2023
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi, Unboxing, VR
0 0
0
Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama, saya dengan gembiranya ingin mendedahkan reka bentuk bagi headset VR generasi akan datang, PlayStation VR2 dan controller PlayStation VR2 Sense melalui artikel unboxing ini! Ingin tahu rupanya secara berdepan? Teruskan membaca!

Menurut Yujin Morisawa (Pengarah Kanan Seni di SIE dan ketua reka bentuk PS VR2), kedua-dua headset dan controller next-gen ini mempunyai rupa yang sama dengan reka bentuk ala-ala bulatan supaya menepati aspek ergonomik.

Mereka menjalankan ujian yang meluas untuk memastikan headset rasa selesa untuk pelbagai saiz kepala dan telah membuat beberapa penambahbaikan kepada berat sambil mengekalkan headband yang boleh dilaraskan. PSVR 2 juga mempunyai “adjustable scope” yang membolehkan kita menukar bahagian skop secara lebih dekat atau jauh dari muka manakala posisi audio jack kekal di tempat yang sama.

Bagi ciri baru, Sony menambah “lens adjustment dial”, supaya pengguna mempunyai pilihan tambahan untuk memadankan jarak kanta dan mata bagi mengoptimumkan visi. Walaupun reka bentuk lebih langsing, Sony juga dapat memasukan “built-in motor” untuk efek getaran tambahan.

Satu lagi aspek baru ialah lohong udara (air vent) yang merupakan ruang di antara bahagian atas dan hadapan skop untuk aspek pengudaraan.

“Salah satu kawasan yang ingin saya fokuskan dahulu ialah idea untuk mencipta lohong dalam headset untuk membiarkan udara keluar. Jurutera kami menghasilkan idea ini sebagai cara yang baik untuk membenarkan pengudaraan dan mengelakkan kantas kabus semasa pemain sedang berseronok bermain game VR mereka.”

 Yujin Morisawa, Pengarah Kanan Seni SIE

Banyak lagi ciri-ciri baru dalam sistem PS VR2, termasuk resolusi 4K HDR dan teknologi “graphic rendering” terkini, sistem tracking yang semakin canggih termasuk “inside-out camera tracking,ciri teknologi PlayStation VR2 Sense baharu seperti headset feedback, dan controller PS VR2 Sense yang mencipta pengalaman lebih “immersive”.

Akhir sekali, PS VR2 disediakan dalam satu kabel mudah supaya anda boleh menyambung kepada sistem tanpa perlu susah payah.

Rupa headset PS VR 2

Rupa controller PS VR2 Sense

Rupa apabila dipakai (kawan pakai, kami tolong tangkap gambar)


Berita baik, PS VR2 akan tersedia pada 22 Februari 2023!

Untuk Malaysia, set headset PS VR2 akan dijual dengan harga RM 2799. Set ini akan mengandungi Headset PS VR2, controller PS VR2 Sense dan juga headphone stereo.

Terdapat juga set bundle yang tersedia iaitu PlayStation VR2 Horizon Call of the Mountain bundle yang mengandungi item seperti berikut bersama harganya:

  • Harga: RM2999
  • Item: Kod Horizon Call of the Mountain, Headset PS VR2, controller PS VR2 Sense dan headphone stereo.

Tidak tahu mahu cas controller di mana? Jangan risau kerana terdapat charging station yang tersedia. Ianya akan dijual dengan harga RM 229.

Untuk mengetahui segala ciri-ciri hebat PlayStation VR2 , sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PlayStation VR2PS VR2Unboxing
Previous Post

ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) bakal hadir di Malaysia – Laptop OLED Intel 13th Gen & RTX 3050!

Next Post

Pengalaman di Starlight Fantasy 2023 @ Berjaya Times Square – Dapat jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman di Starlight Fantasy 2023 @ Berjaya Times Square – Dapat jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Pengalaman di Starlight Fantasy 2023 @ Berjaya Times Square – Dapat jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd