Bakal dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi, kita telah menerima set kolaborasi Magic: The Gathering (MTG) dan Assassin’s Creed yang elegan, diberi oleh rakan-rakan kami dari Wizards of the Coast.
Dengan kerjasama Ubisoft, set terbaharu untuk siri Universes Beyond ini memperkenalkan Hidden Ones di mana perjuangan mereka yang berusia ribuan tahun menentang Knights Templar digambarkan dalam bentuk kad Magic: The Gathering (MTG) yang menakjubkan.
Tanpa berlengah lagi, mari kita melihat khazanah set Assassin’s Creed Universes Beyond untuk Magic: The Gathering.
Pertama sekali, kami mempunyai Bundle Assassin’s Creed – yang menampilkan protagonis Assassin’s Creed II dan Master Assassin dari Itali, Ezio Auditore da Firenze sebagai visual utama dengan pose hidden-blade ikoniknya.

Pemain boleh serta merta melangkah masuk ke dalam sejarah Assassin’s Creed dengan bundle ini yang terdiri daripada; 9 pek yang mengandungi 7-kad Beyond Booster, kad “Royal Assassin” dengan seni alternatif dan kemasan foil tradisional, 20 kad basic land dalam foil tradisional, 20 lagi kad biasa, dadu d20 khas dengan lambang Assassin’s Creed yang berfungsi sebagai life counter anda, dan kotak kad khas yang menggambarkan Ezio sedang mengawasi bandar Florence.
Dalam koleksi tersebut, terdapat juga Starter Kit – pek yang bagus untuk membantu para beginner dengan MTG. Di dalam kotak itu, terdapat manual panduan, yang mengajar asas-asas MTG serta 2 dek merangkumi 60 kad bersama dengan 2 kotak dek supaya anda boleh mengajak rakan-rakan bermain sekali.
Disclaimer: Figura Ezio itu tidak disertakan dalam bundle dan hanya ada dalam imej untuk tujuan ilustrasi.
Selain itu, kad MTG Assassin’s Creed juga tersedia dalam Beyond Booster dan Collector Booster. Beyond Booster ialah booster pack yang baru diperkenalkan dalam set ini dan khas untuk keluaran Universes Beyond. Booster ini mengandungi kad baharu dan reprint – dan tidak boleh digunakan untuk draft, tetapi setiap booster dijamin akan “membawa anda dalam perjalanan yang unik kepada Universe tertentu”.
Sudah tentu, set Assassin’s Creed ini tidak akan lengkap jika kami tidak menyerlahkan pelbagai protagonis ikonik sepanjang siri ini – semuanya muncul sebagai kad Legendary Creature dengan seni cantik – termasuk Desmond, Ezio, Arno, Adéwalé, Shay dan Eivor.
Sekiranya terlepas, sebelum ini kami juga dapat peluang preview kad khas “Propaganda” daripada kolaborasi MTG Assassin’s Creed, yang boleh anda baca di SINI.
Jika berminat, set kolaborasi Assassin’s Creed akan datang ke Magic: The Gathering pada 5 Julai 2024! Terima kasih kepada Wizards of the Coast kerana membenarkan kami unboxing set ini sebelum keluaran epiknya!
@gamersantaimy
Discussion about this post