Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Horizon Forbidden West: Regalla Edition – Khas untuk peminat Aloy

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2022
in Artikel, Berita, Eksklusif, PS5, Unboxing
0 0
0
Unboxing Horizon Forbidden West: Regalla Edition – Khas untuk peminat Aloy
Share on FacebookShare on Twitter

Horizon Forbidden West akan keluar tidak lama lagi, jadi saya faham mengapa ramai gamer sedang teruja. Untuk mereka yang berminat dengan game ini, terdapat banyak edisi yang korang boleh beli tetapi Horizon Forbidden West: Regalla Edition yang berharga MYR 1,099 adalah yang paling lengkap. Walaupun mahal, edisi Regalla mempunyai semua yang harus dimiliki oleh peminat Horizon malah lebih. Sempena itu, biar saya unboxing sikit keistimewaan Horizon Forbidden West: Regalla Edition!

Pertama sekali saya nak sebut, sudah tentu, adalah kita akan dapat game Horizon Forbidden West versi PS4 dan PS5 dalam bentuk digital. Kodnya pula boleh ditemui dalam Steelbook istimewa, yang merupakan kotak casing yang jauh lebih menarik daripada versi plastik standard, serta lebih tahan lama.

Steel Case Horizon Forbidden West

Kedua yang saya nak beritahu adalah korang akan dapat dua patung atau figura eksklusif si sang protagonis Aloy dan musuhnya Regalla di atas seekor Tremortusk iaitu salah satu dinosaur dalam permainan. Patung Tremortusk dan Aloy ini bertemakan Regalla yang kelihatan jauh lebih “ganas” berbanding ‘Collector’s Edition’ dan memerlukan kita untuk memasang bahagian demi bahagian menurut arahan yang diberikan bersama kotak.

Patung Tremortusk & Aloy

Seperti saya kata tadi, patung Tremortusk juga terdapat dalam Collector’s Edition tetapi versi Regalla lebih istimewa kerana dihiasi dengan cat perang dan logam berduri yang dipasang pada bahagian atas. Bukan itu sahaja, beberapa juga beberapa pahlawan dari puak Tenakth juga ditambah di atas badan Tremortusk untuk menunjukkan adegan berlawan. Apabila digabungkan dengan latar belakang dalam kotak, ia menghasilkan pemandangan diorama cantik yang boleh kita pamerkan untuk orang ramai lihat.

Seterusnya, kita ada replika berdasarkan ‘Focus’ yang dipakai oleh Aloy. Bagi mereka yang tidak tahu, ‘Focus’ adalah peranti “augmented reality” yang digunakan oleh puak manusia dalam siri Horizon. Walaupun nampak simple untuk dipakai, ia boleh berfungsi sebagai item cosplay kerana boleh dipasang pada telinga dan menyala lampu. Replika ini juga disertakan dengan stand untuk kita mempamerkan koleksi dengan mudah.

Kemudian, kita ada ‘buah permainan’ berdasarkan mesin Clawstrider dan Sunwing. Ini bukan figura atau patung dan merupakan replika dari Machine Strike, salah satu minigame di Horizon Forbidden West. Bersama dengan kanvas peta yang menunjukan keseluruhan dunia Forbidden West, ia juga nampak cantik dari segi estetika untuk menunjukkan dunia permainan di dalam rumah kita.

Clawstrider
Sunwing
Canvas Map

Sekarang kita beralih ke bahagian seni lukis dan muzik pula! Bersama Regalla Edition adalah dua poster seni eksklusif yang boleh kita gantung di dinding. Selain itu, kita ada buku seni mini yang mengumpulkan koleksi seni konsep cantik yang dicipta khas untuk permainan. Jika korang penat bermain dan ingin berehat, jangan lupa untuk pasang muzik soundtrack digital yang disertakan sekali dalam koleksi. Jika suka kisah di sebalik siri Horizon, korang boleh belajar lebih banyak lagi melalui “The Sunhawk” iaitu novel grafik pertama Horizon Zero Dawn (digital).

Bukan sekadar seni, muzik dan mainan sahaja, Horizon Forbidden West: Regalla Edition menawarkan banyak insentif lain untuk kita guna secara in-game. Item ini terdiri daripada kosmetik, senjata dan barang-barang lain. Berikut adalah senarai ringkas:

  • Nora Legacy Outfit & Spear
    • Pakaian dan lembing untuk Aloy berdasarkan pakaian mentor-nya Rost dari Horizon Zero Dawn.
  • Carja Behemoth Elite Outfit & Short Bow
    • Pakaian eksklusif berdasarkan puak Carja dalam game dan senjata sepadan
  • Nora Thunder Elite Outfit & Thunder Sling
    • Satu lagi pakaian eksklusif berdasarkan puak Nora dan senjata sepadan.
  • In-Game Resources Pack
    • Bantu pemain apabila memulakan pengembaraan terbaru Aloy termasuk memberi peluru, potion dan travel pack tambahan.
  • Photo Mode
    • Serta merta unlock Photo Mode bersama dengan pose khas untuk Aloy dan beberapa cat muka.

Seperti saya kata di atas, semua barang koleksi ini datang dalam kotak besar yang berfungsi sebagai ‘background display’ untuk patung Tremortusk.

Maka tamatlah unboxing saya. Walaupun Horizon Forbidden West: Regalla Edition sangat mahal, edisi ini datang dalam kuantiti yang terhad dan merupakan edisi paling dicari oleh peminat, lantas menjadikannya sukar untuk diperolehi. Memandangkan Horizon Forbidden West akan keluar tidak lama lagi, korang yang berminat dan tidak ada masalah untuk melabur mungkin boleh dapatkan koleksi ini sebelum terlambat.

Horizon Forbidden West telah keluar pada 18 Februari 2022 di PS4 dan PS5. Bagi mereka yang berminat, korang boleh beli di pengedar sah PlayStation Malaysia atau secara online di PS Store.

Pra-daftar di sini
Horizon Forbidden West
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Guerrilla Games
Release Date: 2022-02-18
PlayStation 4, PlayStation 5
Kisah Horizon Forbidden West berlangsung enam bulan selepas game pertama. Aloy, yang kini sudah tahu apa yang berlaku kepada dunia, berhadapan dengan ancaman baharu. Bumi kini dilanda oleh 'penyakit racun merah misteri' yang membahayakan semua kehidupan, dan tiada siapa tahu bagaimana untuk menghentikannya. Lantas, Aloy membuat keputusan untuk mengembara ke 'Forbidden West', sebuah lokasi berbahaya yang penuh dengan ancaman baharu, baik manusia mahupun mesin, untuk cuba mencari penyelesaiannya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Horizon Forbidden WestHorizon Forbidden West: Regalla Editionps5Unboxing
Previous Post

Cell mungkin akan kembali dalam filem Dragon Ball Super: Super Hero

Next Post

“Mulakan The Rumbling”– Interview bersama SiM, penyanyi Attack on Titan S4

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Mulakan The Rumbling”– Interview bersama SiM, penyanyi Attack on Titan S4

"Mulakan The Rumbling"– Interview bersama SiM, penyanyi Attack on Titan S4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd