Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition – Berbaloi untuk tegar RPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Produk, PS5, RPG, Unboxing
0 0
0
Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition – Berbaloi untuk tegar RPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Entri RPG paling ditunggu-tunggu pada tahun ini, Final Fantasy XVI akan tiba di PS5 pada 22 Jun. Tersedia dalam pelbagai edisi, peminat tegar pasti ingin mendapatkan versi yang terbaik dan di sini saya ingin kata bahawa Final Fantasy XVI Collector’s Edition adalah pilihan yang solid kerana memiliki pelbagai barang fizikal dan digital yang bernilai dan berguna.

Sebagai gamer tegar, kami pun tidak ingin terlepas peluang dan berjaya mendapat Collector’s Edition hasil pemberian Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES)! Buat sesiapa yang tertanya tentang isi kandungannya, teruskan baca unboxing saya tentang Final Fantasy XVI Collector’s Edition!

Apa yang kita akan dapat?

Dengan harga RM1599, FFXVI Collector’s Edition ialah pakej yang paling besar dan mahal serta termasuk semua bonus pre-order, bersama dengan pelbagai item fizikal. Senarai penuh adalah seperti berikut:

Kandungan fizikal

  • Kotak Collector
    • Kotak metalik yang menampilkan karya seni cantik oleh ilustrator legenda kepada siri Final Fantasy, Yoshitaka Amano
  • Pakej base game
    • termasuk seni muka depan ‘reversible’
  • Patung premium Phoenix vs. Ifrit
    • Patung premium yang menggambarkan pertarungan antara dua eikon; Phoenix dan Ifrit. (Ukusan saiz 230mm x 150mm x 270mm)
  • Koleksi pin logam Eikon
    • Koleksi pin premium yang menampilkan lapan eikon dalam game.
  • Steelbook case
    • Steelbook istimewa yang menampilkan protagonis utama, Clive Rosfield
  • Peta kain kepada dunia Valisthea
    • Peta kain berdasarkan Valisthea,benua di mana berlakunya peristiwa di dalam game.

Kandungan digital

  • Collector’s Edition item:
    • Senjata bonus: Blood Sword – Pedang merah legenda milik Firion, hero di dalam Final Fantasy II.
  • Pre-order item:
    • Senjata bonus: Braveheart – Salah satu pedang yang digemari oleh Warriors of Light, hero Final Fantasy yang pertama.=
  • Bonus Accessory:
    • Cait Sith Charm – Charm bertuah dan aksesori yang dapat meningkatkan kadar pendapatan Gil.
  • Bonus item:
    • Aksesori Bonus: Scholar’s Spectacles – Cermin mata yang memberikan EXP tambahan kepada pemakai.
  • Kandungan Bonus tambahan:
    • Digital mini art book
    • Digital mini soundtrack
Kredit: Square Enix

Item tambahan

  • Shiva display case
    • Arca kaca dengan imej Shiva dan logo FFXVI
  • Keychain

Dalam Collector’s Edition, terang-terang barang yang paling menonjol sekali ialah patung “Phoenix vs. Ifrit” berukuran 10 inci yang menggambarkan pertempuran hebat antara dua Eikon Api, Phoenix dan Ifrit (pertarungan ini berlaku semasa permulaan game). Satu lagi yang ramai akan suka adalah koleksi lapan (8) pin yang terdiri daripada Eikon (Ifrit, Phoenix, Shiva, Garuda, Ramuh, Odin, Titan, dan Bahamut) yang pemain bakal bertemu dalam FFXVI.

Selain itu, beberapa item in-game memberi anda kelebihan yang bagus semasa permulaan permainan seperti senjata Braveheart Sword, aksesori Cait Sith Charm accessory, dan aksesori Scholar’s Spectacles. Bagi mereka yang suka dan ingin menghargai seni dalam permainan, buku seni mini dan runut bunyi digital turut disediakan.

Sebagai pengumpul tegar, Final Fantasy XVI Collector’s Edition adalah salah satu edisi terbaik yang pernah dicipta. Jika anda peminat kepada siri ini, saya yakin 100% anda akan menyukai kandungan Collector’s Edition.

Terima kasih SIE kerana memberi kami peluang buat unboxing ini!


Final Fantasy XVI akan keluar di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023 manakala versi demo tersedia sekarang. Jika berminat, anda boleh dapatkan edisi Collector’s Edition di kedai Sony atau pengedar sah berdekatan pada harga RM1599.

Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVIFinal Fantasy XVI Collector’s EditionUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!

Next Post

JRPG klasik Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Switch pada 14 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
JRPG klasik Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Switch pada 14 September!

JRPG klasik Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Switch pada 14 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd