Dengan hanya satu aksi kemusnahan, Sylvanas Windrunner telah membuka jalan menuju ke akhirat. Malangnya, masih ada beberapa minggu lagi sebelum World of Warcraft: Shadowlands dilancarkan pada 23 November 2020. Bagi peminat yang tidak sabar, saya memberi teaser dahulu dengan unboxing World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition. Jom kita lihat dengan lebih dekat!
*Terima kasih kepada rakan-rakan kami daripada Blizzard kerana memberikan kami set eksklusif ini*
Convenant Sigil
Yang pertama dalam senarai adalah Convenant Sigil yang berbentuk satu set koleksi yang merangkumi empat kerajaan yang memerintah dunia Shadowlands. Tunjukkan kesetiaan anda kepada Kyrian dari Bastion, Necrolords dari Maldraxxus, Night Fae dari Ardenweald atau Venthyr dari Revendreth dengan menghiasi pin ini di beg, tali pinggang, atau pakaian pilihan anda.
Hayati seni Shadowlands
Alami perkembangan visual dunia Azeroth melalui buku hardcover ini, dan pelajari tentang aspek dunia Warcraft yang belum banyak diterokai, hingga sekarang. Buku seni ini terdiri daripada konsep seni lakaran watak dan reka bentuk persekitaran awal Shadowlands. Di muka depan buku seni adalah corak yang direka dengan cantik serta logo keempat-empat kerajaan yang sesuai dengan tema keseluruhan koleksi.
Mousepad yang memecah belah langit
Saksikan saat Sylvanas menghancurkan pelindung antara dunia nyata dan akhir, lantas mengubah nasib Azeroth selama-lamanya, dalam bentuk mousepad yang menarik! Mengikuti tema Collector’s Edition, marilah bermain World of Warcraft dengan mousepad bertema Shadowlands ini!
Kod Digital & Soundtrack
Bersama dengan lagu orkestra daripada soundtrack Shadowlands, ayuh kita meneroka dunia dengan kod digital untuk beberapa kandungan permainan bagi mereka yang mendapatkan Collector’s Edition.
Antara kandungannya ialah:
- Ensorcelled Everwyrm mount: Mulakan pengembaraa dengan makhluk gaib yang dihasilkan daripada 100% anima.
- Anima Wyrmling pet: Terokai kehidupan akhirat bersama rakan baru anda.
- Vestments of the Eternal Traveler: Gunakan Everwyrm untuk memulakan misi untuk Vestments of the Eternal Traveller, satu set transmog baru.
- Wraithchill cosmetic weapon: Buka efek kosmetik baru untuk senjata anda. Wraithchill hanya dapat digunakan untuk jenis senjata tertentu.
- Eternal Traveler’s Hearthstone: Kembali ke lokasi Hearthstone anda dengan efek kosmetik yang cantik.
- Shadowlands-Level Character Boost: Tingkatkan satu watak dengan serta-merta untuk menghadapi cabaran Shadowlands.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition, anda boleh melihat laman web rasmi untuk maklumat lebih lanjut.

@gamersantaimy
Discussion about this post