Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Hero Edition — Ada Figura, Artbook dan Surat Aerith!

Maira by Maira
December 16, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Game, Produk, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Hero Edition — Ada Figura, Artbook dan Surat Aerith!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion (CCFF7R) telah pun boleh dimainkan pada 14 Disember yang lalu! Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermain game tersebut. Paling menarik sekali, kami telah menerima Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Hero’s Edition! Terima kasih banyak-banyak kepada Bandai Namco Entertainment Asia dan Square Enix atas pemberian hebat ini!

Ingin lihat segala benda yang tersedia dalam Hero’s Edition ini? Jom kami tunjukkan satu persatu kepada anda!

Crisis Core Reunion

Kotak bungkusan untuk CCFF7R boleh tahan besar juga. Mana tidaknya, ada macam-macam barang yang ada. Antaranya ialah Figura Zack Fair PLAY ARTS! Figura ini hampir sama seperti figma, jadi ia boleh digerakkan untuk membuat pose yang hebat dan cool. Ia datang penuh dengan set tangan, senjata dan juga base tersendiri.

Sekali pandang memang cantik habis figura Zack ini. Dia punya perincian daripada kepala sampai kaki memang mantap. Bukan setakat itu sahaja, ia mempunyai artikulasi agak hebat. Jadi, macam-macam jenis pose boleh digayakan. Sayangnya, cuma ekspresi muka Zack sahaja tidak boleh diubah.

Sudah namanya edisi terhad, mestilah kena ada salinan game sekali, betul tidak? Untuk Hero’s Edition, terdapat salinan game Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion versi PS5. Ia didatangkan dengan kod yang memberikan item bonus “SOLDIER Materia Set” dalam game seperti berikut:

  • Dark Fire
  • Dark Thunder
  • Dark Blizzard

Selain itu, terdapat juga album mini soundtrack game. Hanya ada enam track muzik sahaja untuk album ini. Yang istimewanya, soundtrack ini merupakan remix daripada game Crisis Core yang lama.

Seterusnya, kita ada HEROES Past and Present artbook pula! Dalam artbook ini, ada seni yang membezakan watak-watak daripada game terdahulu dengan yang sekarang. Sudah tentu ada beberapa lakaran daripada game pertama yang dipaparkan dalam artbook ini. Rasa agak nostalgia bila membelek buku ini.

Mesti ada yang ingin tahu, bagaimana penceritaan Crisis Core Reunion ini dihasilkan. Berita baiknya, dalam CCFF7R Hero’s Edition ini, terdapat buku skrip untuk game tersebut. Buka sahaja buku tersebut, boleh lihat segala storyboard, dialog dan arahan untuk adegan dalam game. Memang lengkap habis. Cuma satu sahaja masalah, ianya dalam bahasa Jepun.

Item terakhir dalam kotak ialah, surat terakhir Aerith untuk Zack. Akhirnya dapat juga kita mengetahuinya. Tetapi sama seperti buku skrip, surat tersebut ditulis dalam bahasa Jepun. Nampaknya kenalah terjemah sendiri.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Ada banyak lagi produk lain yang kami telah unboxing! Boleh klik pautan ini untuk melihatnya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crisis CoreCrisis Core: Final Fantasy 7 ReunionUnboxing
Previous Post

Bleach: TYBW tamatkan Part 1 dengan ‘double episode’, finale akan tiba 26 Dis!

Next Post

Mission: Yozakura Family dapat adaptasi anime, akan keluar tahun 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mission: Yozakura Family dapat adaptasi anime, akan keluar tahun 2024!

Mission: Yozakura Family dapat adaptasi anime, akan keluar tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd