Wahai peminat PlayStation, bersiap sedia untuk unboxing baharu kerana ASTRO BOT Limited Edition DualSense Controller bakal memberikan sentuhan kosmik kepada PlayStation 5 anda.
Dalam unboxing ini, controller edisi terhad tersebut serta merta menarik perhatian kami dengan jalur biru yang ikonik pada pemegang dan butang, manakala mata ASTRO dilihat sedang “mengintai” pemain dari Touch Pad, menjadikan controller ini mudah dikenali oleh peminat.

Controller ini mengekalkan reka bentuk dua-tona DualSense sambil menggabungkan elemen estetik khas ASTRO BOT. Susunan ergonomiknya kekal sama, menampilkan kawalan joystick yang dipertingkatkan dan bar cahaya yang direka semula, sebuah ciri ikonik controller PlayStation.
Di dalam, controller edisi terhad ini dilengkapi dengan semua ciri inovatif yang mendefinisikan pengalaman DualSense. Sistem haptic feedback yang dikuasakan oleh dual actuator menggantikan motor gegaran tradisional untuk memberikan getaran lebih halus yang mensimulasikan pelbagai tindakan dan persekitaran dalam game. Ditambah pula dengan adaptive trigger, ini memberikan rasa dinamik dan realistik yang mencerminkan aktiviti dalam game, seperti menarik tali busur hingga memecut dalam kenderaan.

Controller ini turut dilengkapi dengan mikrofon dalaman dan jack headset 3.5mm untuk voice chat, dengan butang mute khusus untuk kawalan audio yang cepat. Butang Create berfungsi sebagai pintu masuk untuk menangkap dan berkongsi detik gaming anda. Dari segi sambungan, controller ini menawarkan pilihan USB Type-C dan Bluetooth, menyokong game di PS5, Windows PC, Mac, dan peranti mobile melalui aplikasi PS Remote Play.

Walaupun ASTRO BOT Limited Edition mengekalkan semua keupayaan teknikal DualSense standard, elemen reka bentuk yang uniknya menjadikan versi ini pilihan yang menonjol untuk peminat ASTRO BOT dan pengumpul barang yang mencari aksesori gaming yang lebih eksklusif.

Controller ini serasi dengan stesen charging DualSense, yang boleh mengecas dua controller serentak, memastikan rakan kosmik anda sentiasa berkuasa untuk sesi gaming yang panjang.
Kini tersedia di PS5, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini di laman web rasmi Astro Bot ataupun kedai game terdekat anda.
@gamersantaimy
Discussion about this post