Semalam, Cygames mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi Bahasa Inggeris bagi game simulasi lumba gadis-gadis kuda ‘Umamusume: Pretty Derby‘ untuk iOS dan Android.
Merupakan game “gacha free-to-play” dengan mikrotransaksi, malangnya tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Namun, untuk meraikan keluaran versi terbaharu, laman web rasmi bahasa Inggeris, akaun X, dan YouTube telah dilancarkan, bersama video baharu yang anda boleh tonton di bawah.
“Umamusume: Pretty Derby berlangsung dalam dunia aneh di mana kuda tidak wujud. Sebaliknya, haiwan itu digantikan ialah Umamusume (Gadis Kuda), yang diinspirasikan oleh kuda lumba sebenar.”
“Dikurniakan dengan kebolehan yang sama kuat seperti kuda sebenar, setiap Umamusume berhasrat untuk menjadi idola terkemuka dan bersaing dalam rancangan hiburan sukan kebangsaan “Twinkle Series.”
“Pemain mengambil peranan sebagai guru dan jurulatih untuk gadis-gadis tersebut di Nihon Umamusume Training Center Gakuen (Japan Horse Girls Training Center Academy) dan membantu mereka membuat debut sulung.”

Terdapat tiga mode utama dalam game Umamusume: Pretty Derby, iaitu:

- Story Mode: Jalan cerita utama yang memfokuskan pada perlumbaan dan episod tertentu daripada sejarah perlumbaan kuda Jepun. Sebaik sahaja anda mendapat watak baharu daripada gacha, anda juga boleh membuka kisah khusus untuk watak tersebut.
- Training: Anda memilih Umamusume yang ingin dilatih dan membimbingnya sepanjang tahun di akademi. Setiap senario mempunyai jalan cerita utama dan setiap gadis kuda juga mempunyai cerita tersendiri.
- Race Mode: Memandangkan gadis-gadis kuda berdasarkan kuda lumba dari dunia sebenar, memang masuk akal lah perlumbaan adalah sebahagian besar daripada game ini. Terdapat perlawanan lumba harian dan masa terhad untuk sertai, termasuk kejohanan PvP.

Game Uma,usume Pretty Derby asalnya dilancarkan pada Februari 2021 untuk iOS dan Android di Jepun. Terbukti sukses, ia diadaptasikan menjadi anime sehingga tiga musim anime TV, net anime Uma Musume Pretty Derby: Road to the Top dan anime spinoff Umayon.
Sebuah filem anime baharu telah ditayangkan di Jepun sejak 24 Mei bertajuk Uma Musume Pretty Derby: Shinjidai no Tobira (Uma Musume Pretty Derby: Beginning of a New Era).

@gamersantaimy
Discussion about this post