Siapa sangka Malaysia memiliki Ultraman tersendiri malah ia juga disambut baik oleh ramai peminat Ultraman di seluruh dunia. Ultraman yang pada mulanya muncul dalam siri animasi Upin dan Ipin itu juga kini muncul dalam banyak siri Ultraman yang lain. Siapa sebenarnya Ultraman Ribut? Jom kita tengok dan kenali Ultraman pertama dari Malaysia ini!
Tentang Ultraman Ribut
Ultraman Ribut ialah Ultra Warrior dari the Land of Light. Dia telah diciptakan oleh Les’ Copaque Productions iaitu pencipta siri animasi terkenal Malaysia, Upin dan Ipin, dengan kerjasama Tsuburaya Productions. Ultraman Ribut pertama kali muncul dalam animasi itu dalam episod 25 pada musim ke-lapan Upin dan Ipin dan dalam penampilan pertamanya secara kanon dalam siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Sejak itu, dia muncul semula dalam Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy sebagai watak utama siri itu. Namanya telah diambil dari bahasa Melayu iaitu Ribut yang bermaksud angin kencang.

Reka bentuk Ultraman Ribut hampir sama dengan Ultra yang lain tetapi kebanyakkannya diilhamkan dari Ultraman era Showa. Dalam siri animasi, reka bentuknya lebih kelihatan siber dan mempunyai reka bentuk jaringan gear. Dia juga Ultraman pertama yang mempunyai corak silang pada beberapa bahagian merahnya. Tetapi, reka bentuk untuk siri live actionnya tidak mempunyai perincian tersebut. Walaupun diinspirasikan dari Ultra era Showa, Ribut mempunyai kristal biru pada lengan bawah dan kakinya hampir sama dengan Ultraman Ginga.
Ketinggian untuk Ultraman Ribut ialah 40 m dan berusia 5700 tahun. Dia juga memiliki beberapa ciri lain seperti berikut:
- Signal Timer: Ia merupakan Color Timer tetapi diberi nama yang berbeza.
- Ultra Armor: Semasa pertempuran dengan Alien Kilat, badan Ribut boleh menahan suhu yang tinggi dan tahan api dan juga laser, kerana tiada kerosakan dilihat selepas terkena pancaran api makhluk asing itu.
- G Crystal: Kristal biru pada tangan dan kakinya yang mengawal tenaga Galaxium pada badannya. Tenaga itu digunakan dalam serangannya.
- Arm Cover: Pelindung yang dipakai pada tangan kirinya yang akan bertukar menjadi Ribut Blocker apabila diperlukan.
Senjata dan Teknik Serangan
Sebagai Ultra Warrior, sudah semestinya Ribut juga mempunyai senjata dan teknik serangannya yang tersendiri. Jom kita lihat senjata apa yang Ribut ada.
- Ribut Blocker: Senjata di tangan kirinya yang digunakan sebagai perisai. Menggunakan senjata ini, Ribut boleh menggunakan Blocker Effect dan Shield, perisai bulat yang akan mengembang untuk melindungi dirinya
- Spreader Rod: Batang tenaga yang Ribut gunakan semasa pertempuran. Spreader Rod membolehkan Ribut menggunakan Energy Beam yang menembak pancaran tenaga darinya.

Untuk Teknik serangannya pula, Ribut mempunyai serangan fizikal dan serangan khas yang membantunya semasa pertempuran. Serangan fizikal Ribut agak menarik kerana dia ada menggunakan Silat iaitu seni pertahanan diri tradisional Malaysia. Untuk serangan khasnya pula rata-rata menggunakan tenaga daripada G Crystal. Berikut serangan khas yang dapat Ribut lakukan:
- Galaxium Blaster: Selepas mengecas tenaga Galaxium dengan memusingkan tangannya, Ribut menembak tenaga itu sebagai Pancaran Ultra. Ia boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan.
- Remote Cutter: Seperti Ultraman asal, Ribut boleh menembak cincin tenaga untuk memotong lawannya. Iaboleh berpecah kepada beberapa bilah yang lebih kecil.
- Galaxy Ribut: Satu teknik yang digunakan dalam pementasannya. Dia mengumpulkan semua tenaganya dan melepaskan semuanya sekaligus untuk menghilangkan langit yang gelap supaya cahaya matahari dapat sampai ke Bumi sekali lagi.
- Strong Net: Ribut boleh menembak sinar yang boleh memerangkap raksasa dalam sfera.
- Light Flash: Kristal Galaxium Ribut akan mengecas tenaga dan membebaskan cahaya yang menolak kegelapan.
- Travel Sphere: Ribut boleh bergerak dalam bola cahaya.
- Saving Wall: Ribut menyeru dinding empat segi untuk menyekat serangan dari musuh.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua mengenai Ultraman Ribut. Baru-baru ini juga, watak manusia untuk Ribut juga telah didedahkan dan sememangnya boleh nampak ciri-ciri asia pada watak itu. Jika anda sukakan perkongsian ini, anda boleh lihat liputan lain mengenai Ultraman melalui pautan ini.
Sumber: Tsuburaya, Ultra Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post