Game free-to-play, bergenre endless runner iaitu Ultimate Sackboy kini tersedia untuk prapendaftaran di Google Play Store dan akan dikeluarkan untuk Android serta iOS (iPhone dan iPad) pada 21 Februari 2023. Ia adalah game mobile kedua daripada siri LittleBigPlanet mengikuti Run Sackboy! Run!
Dibangun dan diterbitkan oleh Exient, Ultimate Sackboy ialah game yang menyeronokkan dengan menampilkan dunia kecil untuk Sackboy dan seluruh Sackfolk bersaing.
Gameplay game ini sama seperti game Subway Surfer dimana anda akan bermain sebagai Sackboy dan terus berlari kehdaapan. Anda perlu meleretkan jari anda pada skrin untuk menggerakkan Sackboy antara tiga lorong trek, meluncur dan melompat untuk mengelak daripada bertembung dengan halangan.

Bolehkah anda menewaskan saingan anda dalam cabaran bersemuka, memenangi perlumbaan dan menuntut hadiah hebat sambil kelihatan bergaya? Atau adakah anda akan bercium dinding dan kalah? Jangan lupa mencuba game yang menyeronokkan ini!
Jika anda peminat LittleBigPlanet pasti akan menyukai ciri-ciri yang ada pada game Ultimate Sackboy:

- Lawan musuh yang anda kenal, hayun melalui halangan yang gila, lompat,lompat,lompat dan tenun jalan anda ke puncak Ultimate Games! Hidangkan mata anda dengan pelbagai dunia buatan artis sambil melepasi lawan anda.
- Berlawan dalam Duel Harian setiap hari untuk ganjaran ekslusif! Hadapi saingan dalam pertandingan head-to-head sambil anda memenuhi potensi anda dan menjadi Ultimate Sackboy. Bersaing dan menangi emas, hadiah dan pakaian pesaing lain!
- Kumpul, sesuaikan dan berdandan dengan beribu-ribu kombinasi pakaian untuk membuka kunci dan menaik taraf. Dengan katlog pilihan pakaian yang semakin bertambah setiap masa, anda tidak akan kehabisan kostum dan kosmetik eksotik untuk dikumpulkan.

Ultimate Sackboy dibangunkan dan diterbitkan oleh Exient, di bawah perlesenan dari Sony Interactive Entertainment. Sekali lagi saya ingatkan, game ini kini tersedia untuk pradaftar di Google Play Store untuk Android. Untuk mendapat notifikasi bagi iOS (iPhone/iPad), boleh daftar di pautan di sini. Ultimate Sackboy akan tersedia pada 21 Februari ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post