Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Razer Naga Pro: tiga reka bentuk definitif untuk satu pengalaman gaming yang tinggi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2020
in Artikel, Berita, Mouse, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Razer Naga Pro: tiga reka bentuk definitif untuk satu pengalaman gaming yang tinggi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda menikmati pelbagai jenis permainan video dan sedang mencari tetikus gaming premium tanpa wayar, saya sarankan anda mencuba Razer Naga Pro. Apa yang unik tentang peranti ini adalah kebolehannya untuk menukar thumb rest bagi menampung pelbagai genre permainan.

Pada masa yang sama, ia menawarkan prestasi yang cukup hebat, aktiviti tanpa wayar, dan sebuah perisian yang mantap. Tetapi pada nilai harga RM709, ia mungkin menjadi “turn-off” kepada beberapa orang di luar sana, terutama lagi kerana reka bentuknya yang kurang selesa. Ini bukan tetikus yang sesuai untuk semua orang, tetapi bagi mereka yang suka bermain MMO, MOBA dan FPS, Razer Naga Pro adalah tetikus gaming terbaik untuk anda. Mari kita mulakan ulasan ini!

Reka bentuk

Razer Naga Pro menampilkan luaran hitam yang ditonjolkan oleh pencahayaan Razer Chroma RGB. Ia mempunyai ukuran 4.7 x 2.9 x 1.7 inci dan berat 117 gram, jadi ia sedikit lebih tebal dan berat daripada tetikus lain dalam siri Razer. Palm rest menampilkan logo Razer dengan lampu RGB termasuk roda tatal dan dua butang DPI di tengah.

Fokus utama Razer Naga Pro adalah di bahagian kiri, yang boleh dilengkapi dengan tiga panel berbeza. Kita mempunyai panel 2 butang yang biasa, panel 6 butang, dan panel 12 butang. Semasa mengeluarkan panel ini, anda akan menemui USB Receiver 2.4GHz yang terletak di bawah. Panel 12 butang dilengkapi dengan pencahayaan RGB, tetapi malangnya, panel enam butang tidak. Bahagian kanan tetikus pula mempunyai tempat letak jari manis, dan di bawahnya terdapat panel yang boleh dicengkam untuk jari kelingking. Tetikus ini juga dilengkapi input untuk pengecasan microUSB.

Kita terbalikkan Razer Naga Pro, dan lima butang untuk menukar profil Razer Naga Pro didedahkan. Sebuah suis juga boleh dijumpa yang boleh menukar kesambungan tetikus (2.4GHz, Bluetooth atau berwayar). Ia datang dengan hab USB Type-A ke microUSB, yang membolehkan anda menyambungkan USB tanpa wayar 2.4GHz dengan mudah atau terus sambung dan bermain.

Prestasi

 

1 of 3
- +

Razer Naga Pro menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa bermain, dan berkat panel yang dapat ditukar, ia sesuai untuk pelbagai genre permainan seperti FPS, MOBA dan MMO.

Tetapi banyak butang pun tidak guna jika peranti terlalu “lag” kan? Nasib baik lah, HyperSpeed ​​Wireless ada untuk membantu. Saya menggunakan vsynctester.com untuk mengukur “lag” ini dan sejujurnya saya sangat kagum. Ujian mencatat kepantasan kursor bertindak balas terhadap pergerakan tetikus anda. Dalam mod berwayar, saya mendapat nilai purata 6ms manakala HyperSpeed ​​Wireless berjaya mencatat 6.1ms. Itu adalah perbezaan sebanyak 0.1ms! Bluetooth lebih perlahan sebanyak 4 hingga 6ms tetapi ini tidak akan mempengaruhi kerja seharian.

Sensor optik Naga Pro juga telah diperbaharui ke sensor Razer Focus+ 20,000 DPI dengan penjejakan 650 IPS yang jauh melebihi apa yang mungkin diperlukan oleh kebanyakan pengguna. Bagi mereka yang benar-benar ingin mencabar diri atau mendapat kelebihan dalam dunia permainan kompetitif, Naga Pro mungkin boleh memberikan pengalaman lancar dan tepat yang diperlukan oleh anda.

Fitur Razer Synapse 3

Seperti adik-beradiknya yang lain, Razer Naga Pro dikuasakan oleh aplikasi Razer Synapse yang dilengkapi dengan teknologi canggih. Kerana penambahan panel 12 butang, kita ada hingga 20 butang yang dapat dikonfigurasikan melalui tab Customize di aplikasi Razer Synapse. Tab Performance merangkumi tetapan sensitivity, yang membolehkan anda mengubah DPI antara 100 hingga 20,000 dalam 5 peringkat. Di tab Lighting, anda boleh mengubah suai tiga kawasan pencahayaan utama dengan pencahayaan asas, seperti Breathing, Spectrum dan lain-lain, atau masuk ke Razer Chroma Studio untuk pilihan yang lebih terperinci. Dua tab lain dalam aplikasi ini membolehkan anda menentukan mod kalibrasi dan kuasa tetikus.

Jangka hayat bateri

Razer Naga Pro direka untuk bertahan hingga 150 jam pada Bluetooth dan hingga 100 jam pada Razer HyperSpeed ​​Wireless, yang berinput USB 2.4GHz. Perlu diingat bahawa tempoh ini hanya dicapai tanpa pencahayaan kerana bateri akan habis dengan lebih cepat. Ini bermaksud anda boleh bermain selama 5 jam sehari selama 20 hari berturut-turut, atau 10 jam sehari selama 10 hari jika anda mahu. Saya memakai tetikus ini selama beberapa hari dengan pencahayaan malap dan ia jadi bahawa pencahayaan, walaupun minimum, memberi kesan besar pada jangka hayat bateri.

Pendapat

Razer Naga Pro menawarkan banyak ciri-ciri menarik, seperti panel yang boleh ditukar, prestasi hebat dan perisian yang padat, tetapi dengan harga RM709, adakah ia berbaloi? Bagi saya, ia kurang berbaloi. Tetikus juga tidak selesa seperti pilihan lain dalam siri Razer. Sekiranya anda mengutamakan keselesaan berbanding fungsi, Razer Basilisk Ultimate adalah tetikus pilihan. Walaupun masih mahal pada harga RM699, tetapi ia jauh lebih ringan dan lebih selesa daripada Razer Naga Pro.

Secara keseluruhan, Razer Naga Pro adalah pilihan yang tepat untuk “gamers” yang sentiasa bermain di antara beberapa permainan video yang kompetitif dan selalu menginginkan kelebihan tanpa membawa tiga tikus yang berbeza. Jika anda berminat peranti ini, sila layari halaman rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MouserazerRazer Chroma StudioRazer Naga ProRazer SynapsereviewTetikusulasan
Previous Post

Jom cari harta karun! Kolaborasi ROCKMAN X DiVE x Mega Man Legends bermula!

Next Post

DLC Pokémon Sword and Shield’s Crown Tundra dilancarkan bulan depan, semua Legenda Terakhir muncul

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
DLC Pokémon Sword and Shield’s Crown Tundra dilancarkan bulan depan, semua Legenda Terakhir muncul

DLC Pokémon Sword and Shield's Crown Tundra dilancarkan bulan depan, semua Legenda Terakhir muncul

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd