Bagi mereka yang terlalu mencintai sukan golf hingga ingin bawa ke dunia gaming, saya datang dengan berita baik bahawa sebuah permainan video golf baru akan hadir di pasaran pada hujung bulan Ogos ini. Saya memperkenalkan PGA Tour 2K21, yang dibangunkan oleh studio HB, dan menjadi permainan video konsol pertama yang menampilkan pemain profesional PGA Tour sejak Rory McIlroy PGA Tour pada tahun 2015.
PGA Tour 2K21 telah menarik minat yang tinggi sejak ulasan awal pada awal Ogos dan kalau anda ingin baca liputan lama GS untuk game ini termasuk ulasan akses awal, temuramah eksklusif, dan lain-lain, saya sediakan pautan di sini. Berterima kasih kepada 2K Games, kami telah menerima salinan PGA Tour 2K21 oleh mereka dan sudah tentu mencubanya. Di sini, saya ingin menerangkan segala perkara yang anda perlu tahu tentang PGA Tour 2K21 dalam ulasan ringkas ini! Mari kita teruskan.
Latar belakang dan isi kandungan
Studio HB dan 2K Games adalah dua syarikat yang sangat sesuai dalam pembikinan PGA Tour 2K21. 2K Games dilengkapi dengan perlesenan sukan dan penyampainan kualiti tinggi, manakala studio HB telah membina game engine sukan golf yang menyeluruh selama bertahun-tahun kajian dan meraih pujian tinggi oleh orang ramai. Sebelum ini, dua nama besar tersebut telah berganding bahu buat pertama kalinya di The Golf Club 2019 featuring PGA Tour, tetapi ia kelihatan lebih kepada expansion dan bukan permainan yang sempurna. Mujur lah, PGA Tour 2K21 mempunyai segala-galanya yang pencinta golf akan suka.
Ia mempunyai 15 lapangan golf PGA Tour yang berlesen dan 30 acara rasmi, malah memiliki beberapa pemain golf profesional untuk menambahkan kredibiliti kepada keseluruhan permainan. Pemain nombor satu dunia, Justin Thomas (atlet muka depan PGA Tour 2K21), akan disertai oleh 10 lagi pemain profesional, seperti Matt Kucher, Jim Furyk, Sergio Garcia, Ian Poulter dan lain-lain. Saya telah bermain beberapa pusingan dan berikut adalah tanggapan saya tentang mekanik dan sistem permainan.
Sistem permainan yang mudah dan mod Career
Bagi mereka yang pernah bermain permainan video golf, banyak juga perkara yang anda akan suka di sini. Ini tidak bermaksud pemain baru harus tergugat. HB Studios telah berusaha keras untuk menjadikan game ini lebih mudah diakses oleh pemain kasual dan mereka yang baru bermula. Terdapat banyak pilihan customisation untuk mengubahsuai gameplay pada tahap kemahiran yang sesuai.
Ia merangkumi banyak tutorial, cadangan “stroke” dan bahkan panduan “putting” yang boleh diaktifkan atau dimatikan bergantung pada kemampuan diri sendiri untuk memahami permainan. Sekiranya diri semakin hebat, atau sudah berada di tahap yang cukup mahir, pemain boleh matikan panduan, dan tutup HUD sepenuhnya lalu menggunakan maklum balas haptik controller untuk kawal (tidak ada isyarat visual). Selain itu, setiap ayunan juga berbeza dan mengikut jenis-jenis kayu golf daripada jenama berlainan. Yang bagusnya ialah ia masih boleh diubah suai untuk menepati cara permainan anda sendiri.
Seperti mana-mana game sukan, PGA Tour pun ada mod Career dan ini merupakan komponen yang penting dalam permainan. Anda boleh memilih untuk bermula di tangga paling bawah dan bersaing di Korn Ferry Tour Q-School lalu cabar diri hingga ke PGA Tour untuk berjumpa pemain dunia. Satu lagi cara alternatif untuk bermain adalah dengan segera memulakan karier di PGA Tour daripada awal.
Setelah menyelesaikan semua Sponsor Challenge (umpama misi), anda boleh beralih ke cabaran seterusnya. Yang pertama tidak memberi kita pilihan, tetapi sistem akan buka lebih banyak pilihan jika pemain menyelesaikan lebih banyak misi. Setiap misi terdiri daripada Easy hingga Hard dan semakin sukar cabaran, semakin banyak Sponsor Points yang anda dapat untuk membeli peralatan-peralatan eksklusif.
Ketika bersaing di PGA TOUR, anda akan diberikan mata berdasarkan kedudukan penamat. Perkara-perkara ini penting bagi memenuhi matlamat utama mod Career iaitu menjadi juara FedExCup.
Dirikan kelab dengan fitur multiplayer Society
Bosan bermain seorang diri? Cipta Society untuk rakan-rakan sertai. Pertama sekalim kita harus cipta logo kreatif sebagai lambang kepada komuniti. Pilihannya masih terhad, tetapi logo yang ideal tidak perlu banyak butiran yang rumit. Kita hanya perlu memilih satu lambang utama, kemudian beberapa kemasan, dan warna kegemaran yang mengubah latar belakang di skrin utama Society.
Kemudian, tetapkan yuran keahlian, dan memilih syarat-syarat untuk menerima ahli. Selepas semua selesai, anda boleh mula merancang pertandingan peribadi bersama rakan-rakan. Oleh kerana ini adalah ulasan sebelum pelancaran rasmi, saya tidak dapat mencuba fitur multiplayer ini, tetapi jika anda dapat kumpulkan beberapa rakan untuk bermain sekali, ini adalah antara mod permainan yang disediakan.
Grafik sukan golf paling tulen buat masa ini
Bagi saya, antara bahagian paling mengagumkan adalah penampilan dan persekitaran permainan. Setiap lapangan berlesen telah dicipta semula dengan penuh kasih sayang menggunakan dron dan teknologi lain untuk menghasilkan semula setiap posisi “bump“, “bunker” dan “pin” dengan tepat. Pokok, air, dan penonton juga sangat terperinci dan realistik, manakala gameplay memberi gaya seperti kita menonton daripada televisyen rumah.
Fizik pun nampaknya betul, dengan reaksi bola yang tepat pada persekitaran sekeliling. Luke Elvy kembali sebagai pengacara utama dan disertai oleh Rich Beem, untuk menerangkan aksi play-by-play yang memberi sedikit realisme. Beberapa cutscene dinamik juga dihasilkan untuk kejohanan, bagi menunjukkan pesaing lain atau “replay” pukulan yang sangat baik. Selepas diuruskan oleh 2K, customization MyPlayer kini lebih luas, dengan lebih banyak kelab daripada jenama sebenar yang tersedia untuk dibeli dengan wang tunai dalam permainan.
Pendapat
Terlalu banyak yang diubah atau dimasukkan oleh HB Studio pada mekanik permainan. Bersama ulasan ini, akhirnya saya dapat melihat dengan tepat apa yang diperkenalkan oleh kerjasama mereka bersama 2K. Antara perkara yang menonjol ialah tahap penyampaian kualiti, pilihan tetapan yang boleh diubah suai, dan mod Career MyPlayer. Jika diuruskan dengan baik, PGA Tour 2K21 boleh menjadi game golf terbaik buat masa ini.
Sekiranya anda gemar bermain golf dan gaming, maka ini satu pembelian yang berbaloi. HB Studios telah berjaya mencipta sebuah permainan video golf yang seimbang dengan membolehkan peminat menikmati aksi memukul bola di lapangan sambil pengalaman imersif di menu untuk menyusun inventori serta menjalin hubungan akrab dengan penaja. Walaupun mekaniknya agak berbelit, tetapi PGA Tour 2K21 mempunyai segala-galanya yang seorang peminat golf inginkan.
PGA Tour 2K21 tersedia untuk PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch bermula 21 Ogos 2020.

@gamersantaimy
The Review
PGA Tour 2K21
Sekiranya anda gemar bermain golf dan gaming, maka ini satu pembelian yang berbaloi. HB Studios telah berjaya mencipta sebuah permainan video golf yang seimbang antara menikmati masa memukul bola di lapangan sambil pengalaman imersif di menu untuk menyusun inventori golf anda dan menjalin hubungan akrab dengan penaja.
PROS
- Pilihan difficulty yang luas memudahkan pemain veteran dan kasual untuk belajar
- Menyerlahkan keindahan sukan golf
- Grafik lapangan golf yang tepat & cantik
CONS
- Tidak menarik jika anda tidak suka golf
- Banyak perkara untuk belajar
Discussion about this post