Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Hearthstone: Battlegrounds! Satu lagi inovasi ‘auto-chess’ yang lebih kreatif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2020
in Artikel, Battle.net, Berita, Bimbingan, Game Review
0 0
0
Ulasan Hearthstone: Battlegrounds! Satu lagi inovasi ‘auto-chess’ yang lebih kreatif!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, pasukan Hearthstone telah gigih berusaha untuk memberikan kemas kini yang lebih konsisten kepada peminat. Daripada acara-acara khas hingga ke expansion baru, kita boleh nampak pasukan pemaju Hearthstone sangat sibuk. Walau bagaimanapun, tiada kemas kini yang lebih terkenal selain daripada penambahan mod Battlegrounds!

Battlegrounds, pada dasarnya, adalah game genre auto-battler versi Hearthstone. Bagi mereka yang tidak tahu, genre auto-battler adalah permainan di mana anda merekrut watak yang secara automatik akan melawan watak-watak pasukan musuh. Kemenangan ditentukan oleh posisi, level/ skill watak, sinergi, dan ‘luck’. Battlegrounds menggabungkan reka bentuk asas Auto Chess dengan Hearthstone lalu mewujudkan sebuah pengalaman yang menampilkan elemen terbaik daripada Hearthstone.

Walaupun Underlords dan Auto Chess adalah genre yang sama, Battlegrounds membuat beberapa inovasi besar yang mengubah bagaimana permainan auto-battler biasanya dimainkan, untuk menjadikannya lebih baik.

Ekonomi

Kos tetap: pertama sekali, kita perlu tiga emas untuk membeli setiap minion tanpa kisah apa “rarity”. Jika mana-mana minion yang anda miliki dijual, kita akan mendapat satu emas.

Emas maksimum hingga 10: 10 emas adalah maksimum yang boleh diperolehi. Seperti mana point di Hearthstone, emas akan bertambah setiap giliran dan jumlah maksimum akan meningkat sebanyak satu selepas satu pusingan sehingga anda mencapai maksimum.

Tingkatkan tahap: anda boleh meningkatkan tahap ‘tavern’ untuk mendapatkan akses ke minion yang lebih baik dengan membelanjakan emas. Kos untuk menaik taraf ke peringkat seterusnya menurun mengikut pusingan. Ia mempunyai mekanik yang sama seperti emas, cuma terbalik.

Peraturan-peratuan di atas membuat permainan agak lambat untuk memulakan serangan, tetapi ia menawarkan kemudahan yang lebih murah dan memberi masa untuk pemain merancang strategi. Ia juga tidak menghukum pemain jika mereka buat salah, tetapi setelah memahami asas-asas permainan, memang jarang anda akan membuat kesilapan.

Sistem pertempuran

Di sinilah saya rasa Battlegrounds paling menarik. Pertempuran masih mengikut format Hearthstone yang biasa dan ciri ‘Auto’ digunakan. Minion akan menyerang dengan sendiri, tetapi ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi:

  • Minion menyerang satu demi satu, daripada kiri ke kanan dalam format IGOUGO (I-Go-You-Go).
  • Mereka menyerang sebuah sasaran rawak di pihak lawan, kecuali ada minion yang mengaktifkan abiliti ‘taunt’ (abiliti ini memaksa minion pemain untuk fokuskan semua serangan pada satu musuh).
  • Selepas minion terakhir menyerang, ia bermula semula dengan saki-baki watak yang masih hidup.
  • Banyak abiliti kad boleh mengubah aturan pertempuran di atas.

Pemain akan menang sekiranya mereka berjaya menewaskan setiap minion musuh. Sekiranya kedua-dua belah pihak kehabisan minion, maka keputusan adalah seri. Ini menjadikan sususan minion amat penting. Di Battlegrounds, keputusan taktikal tentang susunan minion boleh membantu atau mengagalkan strategi. Anda mahu minion tertentu untuk bergerak dahulu (supaya mereka mati terlebih dahulu) bagi mengaktifkan kombo lain.

Kelebihan berbanding game Auto Chess lain

Hanya satu tahap evolusi: syarat untuk mendapatkan minion yang lebih kuat adalah dengan mengumpulkan tiga jenis watak yang sama, tetapi ia hanya perlu dilakukan sekali. Gabungan ketiga-tiga watak kepada satu minion yang lebih kuat merupakan sebuah proses automatik yang menghilangkan minion-minion tersebut daripada pasukan. Walaubagaimanapun, setelah memainkan versi minion yang ‘lebih kuat’, anda juga dapat menyeru minion tambahan daripada tiga pilihan kad rawak.

Membekukan pasaran: Jika anda melihat sesuatu yang anda ingin tetapi tidak mampu membeli kerana tidak cukup emas, pemain boleh ‘membekukan’ pasaran agar ia tidak refresh pada pusingan seterusnya. Ini membolehkan anda untuk membelinya apabila cukup emas.

Abiliti hero: Jumlah total hero adalah 41 dan setiap hero mempunyai abiliti tersendiri. Ada yang tidak menelan kos belanja untuk mengaktifkan abiliti, tetapi ada yang sangat mahal sehingga boleh telan HP hero. Seperti game lain, ada beberapa hero yang terlalu kuat dan boleh mengubah rentak permainan dalam sekelip mata. Saya sarankan hero-hero di bawah tetapi jangan lupa untuk mempertimbangkan strategi keseluruhan dan kemahiran peribadi anda.

  • Captain Hooktusk

 

1 of 2
- +
  • Captain Eudora

 

1 of 2
- +
  • Kael’thas Sunstrider

 

1 of 2
- +
  • Arch-Villian Rafaam

 

1 of 2
- +
  • Dancin Deryl

 

1 of 2
- +

Banyak strategi: Biasanya, permainan auto chess mempunyai kelas atau spesies yang mempunyai buff istimewa. Hearthstone Battlegrounds juga tidak terkecuali. Berikut adalah kaum yang ditawarkan dalam permainan.

  1. Minion normal
  2. Beast
  3. Demon
  4. Dragon
  5. Mech
  6. Murloc
  7. Pirate

Setiap pelayan mempunyai Keyword khas. Dengan Keyword di bawah dan abiliti yang dimiliki oleh minion, kita boleh susun perlahan-perlahan strategi dan kombo untuk atasi pelan musuh.

  1. Adapt
  2. Battlecry
  3. Charge
  4. Deathrattle
  5. Divine Shield
  6. Immune
  7. Magnetic
  8. Overkill
  9. Poisonous
  10. Reborn
  11. Taunt
  12. Windfury

Saya sangat suka fitur untuk membekukan pasaran, dan ia memang membantu melancarkan sistem RNG dalam Battlegrounds. Abiliti wira ialah satu kelebihan besar walaupun banyak permainan auto chess lain juga mempunyai fitur yang sama. Ini kerana ia menambah interaksi pengguna bersama konsep Hearthstone dan juga mempengaruhi ekonomi perlawanan, lagi-lagi bila kita dapat kad yang diingini. Di samping itu, ganjaran bonus yang anda dapat untuk evolusi minion sangat menarik dan merupakan kaedah terbaik untuk mengakses kad yang lebih kuat tanpa membelanjakan emas yang banyak.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya cukup suka Battlegrounds dan mungkin akan bermain buat sementara waktu (sehingga saya bosan). Sama seperti game lain, Battlegrounds ingin meluaskan lagi pengaruh Hearthstone dengan mengembangkannya kepada permainan lain. Ini mungkin akan memudahkan pemain baru untuk mengenali konsep mereka serta memberi pengalaman baru kepada pemain lama.

Battlegrounds menawarkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia iaitu Hearthstone dan Auto Chess dan saya berharap senarai kad yang saya sediakan di atas boleh membantu anda semua. Jika anda takut setiap perlawanan akan menelan banyak masa, jangan risau.. Perlawanan jauh lebih pendek daripada game Auto Chess lain supaya anda tidak cepat bosan. Hearthstone: Battlegrounds kini dalam versi beta percuma untuk semua orang. Anda hanya perlu memuat turun Hearthstone dan membuat akaun. Mudah saja! Itu sahaja untuk ulasan ini. Selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: auto battlerAuto ChesshearthstoneHearthstone BattlegroundsPCreview
Previous Post

Dr Disrespect diban terus dari Twitch?! Tetapi masih tidak tahu sebabnya!!!

Next Post

Tencent telah rilis game “Dynasty Warriors” baru dan anda kena sedia berperang dengan beratus orang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Tencent telah rilis game “Dynasty Warriors” baru dan anda kena sedia berperang dengan beratus orang!

Tencent telah rilis game "Dynasty Warriors" baru dan anda kena sedia berperang dengan beratus orang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd