Diablo II: Resurrected dilaporkan akan membuat ujian alfa teknikal oleh Blizzard pada minggu ini. Ujian ini untuk pemain PC bermula Jumaat, 9 April jam 10 malam sehingga Isnin, 13 April jam 1 pagi bagi para pemain menguji Diablo. Maklumat mengenai alfa teknikal serta kandungan yang dimainkan akan diberi semasa ujian berlangsung.
Semasa alfa teknikal berlangsung, pemain akan mempunyai tiga daripada tujuh kelas permainan yang boleh dipilih. Amazon, Barbarian dan Sorceress adalah tiga kelas yang boleh dipilih untuk ujian ini, setiap darinya mempunyai gaya permainan yang berbeza. Bagi kelas Assassin, Necromancer, Druid dan Paladin pula akan dimainkan dalam ujian akan datang dari Blizzard. Selain itu, Act I dan Act II sahaja yang akan dimainkan dalam ujian alfa teknikal ini. Seperti rancangan kelas, Blizzard menyatakan mereka hanya memfokuskan ujian ini di dua Act pertama permainan.
Let the claws of the demons drag you back in. The #DiabloII: Resurrected Technical Alpha starts 4/8.
💀 https://t.co/IhtHlcH4iB pic.twitter.com/efD0ywQcL4
— Diablo (@Diablo) April 6, 2021
Tambahan pula, ujian alfa teknikal ini hanya diberikan untuk yang terpilih sahaja. Blizzard akan memilih pemain secara rawak dan akan menghantar arahan kepada yang terpilih untuk ujian ini. Namun jangan bersedih jika anda tidak terpilih, kerana Blizzard akan memberi peluang untuk ujian yang akan datang.
Perlu diingatkan ujian ini terhad kepada mod single player sahaja, jadi anda tidak akan dapat bekerjasama dengan rakan dari mana-mana kelas lain. Permainan penuh untuk Diablo II: Resurrected ini akan menyokong multiplayer, tetapi tidak semasa ujian ini berlangsung. Mod multiplayer hanya akan dijalankan pada ujian yang akan datang.
Diablo II: Resurrected masih belum diumumkan lagi tarikh pelancaran rasminya, namun Blizzard menyatakan ianya akan dilancarkan pada tahun ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh menekan pautan untuk membaca berita dan ulasan kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post