Ghost Recon kini berusia 20 tahun, dan untuk meraikannya, Ubisoft baru sahaja mengadakan acara istimewa yang memaparkan sejarah francais dan juga mengumumkan entri baru. Ghost Recon Frontline adalah game free-to-play PvP shooter akan datang yang boleh menyokong lebih dari 100 pemain. Walaupun game ini akan mempunyai pelbagai mod yang berbeza semasa hari pelancaran, satu-satunya yang didedahkan oleh Ubisoft adalah mod battle royale yang bernama “Expedition.”
Dalam Expedition, tiga pasukan (yang terdiri daripada tiga pemain) akan diturunkan ke ke sebuah pulau (bernama Drakemoor Island) di mana mereka semua ditugaskan untuk mencari intel. Setelah jumpa intel tersebut, pasukan perlu mencari lokasi selamat untuk menyeru helikopter supaya dibawa pulang ke pangkalan tetapi ini adalah proses yang sangat bising. Pasukan lain akan serta merta tahu ketika satu pasukan ingin pulang bersama intel, lantas mereka pun akan datang untuk mencurinya. Sekiranya pasukan lawan berjaya mengalahkan pasukan bersama intel, mereka boleh mencuri data itu untuk menang.

Ini adalah perubahan yang menarik untuk formula battle royale, tetapi bukan itu sahaja yang membuatkan Frontline unik. Game ini juga akan menggunakan sistem berasaskan kelas di mana kelas berbeza akan mempunyai abiliti yang berbeza. Hanya tiga yang dinyatakan setakat ini iaitu: Assault, Support, dan Scout. Assault akan mempunyai “daya ketahanan yang tinggi dalam pertarungan jarak dekat, manakala Support dapat mendirikan benteng pertahanan atau menyeru turet automatik. Scout pula dapat mendedahkan lokasi musuh dan menyeru sebuah menara sniper untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bagi menembak.

Kelas boleh ditukar pada bila-bila masa dalam permainan, dan terdapat lebih banyak alat sokongan taktikal yang kita boleh temui di seluruh pulau Drakemoor. Watak pula disebut sebagai “Contractor,” di mana majoriti mempunyai penampilan, kelas, dan kewarganegaraan tersendiri. Dengan maju lebih jauh dalam permainan, kita akan membuka Contractor tambahan, “mungkin” melalui battle pass bermusim.
Tarikh pelepasan tidak diberitahu, tetapi kami tahu Ghost Recon Frontline akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox Series S, Xbox One, dan PC melalui Ubisoft Connect dengan sokongan crossplay semasa pelancaran.
Pada masa yang sama, Ubisoft mengumumkan bahawa Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands boleh dimuat turun secara percuma untuk masa yang terhad. Walaupun begitu, tawaran itu hanya tersedia untuk pengguna PC sahaja melalui Ubisoft Store. Seterusnya, Ubisoft juga menawarkan DLC Ghost Recon Wildlands Fallen Ghosts secara percuma. Tidak seperti tawaran di atas, yang hanya percuma di Ubisoft Store, DLC ini boleh dimuat turun di Steam, Epic Games, PSN dan Xbox Store. Seperti biasa, tawaran akan tamat pada 12 Oktober.
@gamersantaimy
Discussion about this post