Ubisoft baru-baru ini menghentikan servis dalam talian mereka untuk 90 game lama pada pelbagai platform. Game lama tersebut masih boleh dimainkan dan ciri offline akan terus berfungsi seperti biasa.
“Perkhidmatan multiplayer dalam talian untuk tajuk yang disenaraikan di bawah kini telah ditutup,” kenyataan rasmi berbunyi. “Ciri luar talian untuk setiap game kekal tersedia.” Senarai game yang terjejas dengan keputusan baru ini termasuklah game klasik seperti Assassin’s Creed 2, Far Cry 2, Rainbow Six Vegas, Rayman Origins dan Splinter Cell: Chaos Theory.

Ubisoft menegaskan bahawa pelbagai bentuk berita dan terutamanya statistik pemain untuk game yang terjejas telah dilumpuhkan. “Untuk game yang menggunakan perkhidmatan Ubisoft Connect, Unit dan Challenge akan dilumpuhkan, bermakna anda tidak lagi akan dapat memperoleh Unit dengan melengkapkan cabaran untuk game itu,” tambah kenyataan itu. “Ganjaran masih boleh dibuka, namun anda tidak akan dapat menerimanya dalam game.” Ubisoft seterusnya mengatakan bahawa “kandungan yang boleh dibuka seperti peta dan skin juga akan dilumpuhkan, bermakna anda tidak lagi dapat membukanya.”

Walaupun pemain konsol masih akan mempunyai akses kepada kandungan tersebut “melainkan pemain menetapkan semula fail game yang disimpan,” tambahan kepada pemain PC, kandungan yang telah ditebus sebelum ini juga tidak akan tersedia.
Beberapa game yang terjejas seperti Assassin’s Creed 2 dan Splinter Cell: Chaos Theory kebanyakannya adalah pemain solo, tetapi yang lain seperti Rainbow Six Vegas sangat tertumpu pada multiplayer. Buat masa ini, masih tidak tahu apa yang akan berlaku kepada komuniti pemain yang masih bermain Rainbow Six Vegas.

Walaupun begitu, masih ada beberapa game yang hanya hilang perkhidmatan dalam talian untuk platform terpilih sahaja. Walaupun beberapa game seperti Rainbow Six Vegas kehilangan sokongan sepenuhnya, kebanyakannya hanya kehilangan ciri dalam talian untuk beberapa konsol lama. Sebagai contoh, servis dalam talian Just Dance 2018 hanya hilang untuk konsol PS3, Xbox 360 dan Wii.
Anda boleh melawat laman web rasmi Ubisoft untuk melihat senarai penuh game yang terjejas dengan penutupan servis ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post