Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tuning Menjadi Tumpuan dalam Gameplay Terbaru JDM: Japanese Drift Master!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Tuning Menjadi Tumpuan dalam Gameplay Terbaru JDM: Japanese Drift Master!
Share on FacebookShare on Twitter

4Divinity dan Gaming Factory baru sahaja memperkenalkan video gameplay terbaru untuk JDM: Japanese Drift Master, dengan tumpuan utama diberikan kepada sistem tuning dalam permainan.

Ciri ini direka khas untuk mengubah kereta biasa menjadi jentera drift paling unggul, membolehkan pemain meneroka kebebasan mekanikal yang menjadi nadi utama game yang dinanti-nantikan ini.

Gameplay tersebut menampilkan kereta ikonik, Nissan 350Z, yang diubah sepenuhnya daripada bentuk asal kepada sebuah karya seni yang sedia untuk aksi drift. Pemain boleh mengubah suai setiap inci bahagian luar kereta mereka—daripada kit badan, rim, bampar, fender, cermin sisi, spoiler, hinggalah ke sistem ekzos.

Bahagian dalaman juga tidak dilupakan, dengan pilihan untuk menukar stereng, tuil gear, dan tempat duduk lumba bagi mencipta suasana pelumba jalanan sejati.

Kredit: Gaming Factory

Namun, JDM: Japanese Drift Master bukan sekadar tentang gaya—ia tentang prestasi pemanduan yang luar biasa. Sistem performance tuning dalam JDM adalah impian buat mana-mana peminat mekanik, menawarkan pelbagai komponen seperti suspension boleh laras, sistem stereng, sway bar, dan banyak lagi.

Setiap naik taraf membuka lebih banyak lapisan penyesuaian, membolehkan pemain mencari sudut drift paling sempurna atau mendapatkan keseimbangan ideal antara kuasa dan kawalan. Daripada pelarasan chamber, ketinggian kenderaan, hinggalah kepada tetapan tayar yang boleh diubah suai, setiap perubahan yang dibuat memberikan kesan langsung terhadap pengendalian kereta.

Hasilnya? Sebuah jentera yang bukan saja kelihatan hebat, tetapi mampu menawan setiap selekoh dengan penuh ketepatan.

Kredit: Gaming Factory

Dan ini baru permulaan. Video seterusnya yang akan memfokuskan pada tuning berasaskan cengkaman sedang dalam proses, dan akan menunjukkan bagaimana sistem tuning ini boleh disesuaikan dengan gaya pemanduan yang berbeza sepenuhnya.

Ikuti game ini dan tambahkannya ke wishlist anda:

  • Steam
  • Epic Games Store
  • GoG
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JDM: Japanese Drift Master
ShareTweetSend
Previous Post

OPUS: Prism Peak Dedah Gameplay Rasmi dan Tarikh Keluaran 2025!

Next Post

GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION Rasmi Dibuka Rasmi, Gundam Gergasi 17 Meter di Osaka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION Rasmi Dibuka Rasmi, Gundam Gergasi 17 Meter di Osaka!

GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION Rasmi Dibuka Rasmi, Gundam Gergasi 17 Meter di Osaka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd