Acara “Tudum: Anime Spotlight” hari ini telah mendedahkan visual baru untuk anime Ultraman Season 2 yang kali ini menampilkan 6 wira ultra! Selain itu, ia mengesahkan bahawa siri ini akan membuat tayangan perdana pada musim bunga 2022 secara eksklusif di Netflix untuk seluruh dunia.

Seperti yang saya sebutkan di atas, visual teaser yang dikeluarkan menunjukkan “6 Ultraman” yang diinspirasi daripada legenda “Ultra Brothers. Ultraman, Seven, dan Ace telah muncul di musim pertama, yang mula ditayangkan pada April 2019 tetapi kali ini mereka akan ditemani oleh Zoffy, Jack, dan Taro juga didedahkan akan menyertai musim kedua untuk memberi “lebih banyak aksi dan jalan cerita yang semakin mendalam.”
Berikut adalah rumusan anime oleh Netflix:
Beberapa tahun telah berlalu sejak peristiwa Ultraman, di mana ia kini menjadi kenangan, kerana ramai yakin Ultraman telah pulang ke planet asal setelah melawan segala makhluk asing dan raksasa yang menyerang Bumi. Shinjiro (anak Shin Hayata) nampaknya memiliki kemampuan yang aneh, dan kemampuan inilah, bersama dengan wahyu ayahnya bahawa dia adalah Ultraman, mengharuskan Shinjiro untuk memerangi makhluk asing yang menyerang Bumi sebagai Ultraman baru.
Musim pertama anime telah ditayangkan di Netflix pada April 2019 dan mempunyai sebanyak 13 episod. Kenji Kamiyama (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Shinji Aramaki (Appleseed, Harlock: Space Pirate, Starship Troopers: Traitor of Mars) mengarahkan musim anime pertama. Production I.G (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Sola Digital Arts (Appleseed Alpha, Starship Troopers: Invasion, Starship Troopers: Traitor of Mars) menghasilkan anime dalam 3D CG. Nobuko Toda dan Kazuma Jinnouchi menyusun muzik.
Itu sahaja info terkini untuk anime Ultraman Season 2. Untuk segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
Sumber – Netflix
@gamersantaimy
Discussion about this post