Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tsukuyomi: The Divine Hunter Tersedia Sekarang – Gameplay Roguelike, Seni Oleh Artis SMT/Persona!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Tsukuyomi: The Divine Hunter Tersedia Sekarang – Gameplay Roguelike, Seni Oleh Artis SMT/Persona!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun COLOPL telah mengumumkan bahawa Tsukuyomi: The Divine Hunter, game roguelike dengan elemen pembinaan dek, kini tersedia secara rasmi di PC melalui Steam, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play!

Menampilkan sentuhan artis ikonik Kazuma Kaneko — yang dikenali melalui karyanya dalam siri Shin Megami Tensei dan Persona terbitan ATLUS — game ini membawa pemain mengembara ke dunia mitologi gelap dengan mekanik penciptaan kad yang inovatif.

Berlatar di Tokyo futuristik, di sebuah pencakar langit tertutup bernama “The Hashira,” yang dipenuhi makhluk raksasa dikenali sebagai “divine demons,” pemain akan berperanan sebagai operatif organisasi elit Tsukuyomi. Misi utama mereka: mendaki menara berbahaya itu dan mengalahkan entiti berkuasa yang bersemayam di puncaknya.

Sebelum ini dikenali sebagai Project MASK, game ini menggabungkan eksplorasi dungeon, pertempuran kad berasaskan giliran yang strategik, serta sistem penciptaan kad unik berpandukan AI — semua dibaluti dalam gaya visual Kaneko.

Kredit: COLOPL

Tsukuyomi: The Divine Hunter menawarkan pengalaman roguelike di mana setiap percubaan membawa cabaran dan kemungkinan baharu. Pemain akan merentasi dungeon bercabang yang dihasilkan secara prosedural, membuat keputusan yang mempengaruhi jalan cerita dan hasil pertempuran.

Kegagalan dalam pertarungan bermakna bermula semula, namun pengalaman terkumpul akan memberikan kelebihan seperti peningkatan HP dan item baru untuk percubaan berikutnya.

Kredit: COLOPL

Sistem combat game ini berasaskan kad turn-based, di mana pemain menarik kad secara rawak untuk melancarkan serangan atau mempertahankan diri. Setiap watak mempunyai dek dengan archetype tersendiri, memerlukan strategi yang fleksibel bergantung kepada kekuatan masing-masing.

Antara ciri paling menarik ialah “AI Kaneko System” — teknologi proprietari yang dilatih menggunakan karya seni original Kaneko, membolehkan kad baru direka secara dinamik berdasarkan tindakan pemain, musuh yang dihadapi, dan pilihan dialog sepanjang permainan.

Pemain juga boleh menyertai “Eigetsu Offering Ritual,” iaitu acara khas untuk menghantar rekaan kad original mereka untuk dinilai oleh Kaneko, dengan rekaan terpilih akan dimasukkan secara rasmi ke dalam game.

Kredit: COLOPL

Tsukuyomi: The Divine Hunter boleh dimainkan secara percuma (free-to-play) dengan pilihan pembelian dalam aplikasi, dan turut menyokong fungsi cross-save, membolehkan pemain meneruskan kemajuan permainan di PC, iOS atau Android tanpa halangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tsukuyomi: The Divine Hunter
ShareTweetSend
Previous Post

NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!

Next Post

teamLFG Diperkenalkan: Studio First-Party Baharu Di Bawah PlayStation

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
Next Post
teamLFG Diperkenalkan: Studio First-Party Baharu Di Bawah PlayStation

teamLFG Diperkenalkan: Studio First-Party Baharu Di Bawah PlayStation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd