Dalam banyak-banyak peta di Call of Duty: Mobile, banyak yang mempunyai kelebihannya sendiri. Peta Nuketown kini menjadi salah satu minat para pemain COD Mobile terutama dalam mod Multiplayer oleh kerana perjalananya yang kecil dan penuh dengan kegentaran! Korang tahu tak disebalik peta yang kecil itu, terdapat rahsia dan fakta yang ramai orang tidak tahu?
Berterima kasih pada Dunia Games yang mengongsikan fakta dan rahsia yang tersirat yang ada di peta Nuketown yang sememangnya kami rasa patut dikongsikan kepada korang semua! Tanpa melengahkan masa, jom lihat apa yang menarik dalam peta Nuketown!
Jumlah Penduduk di Nuketown
Memang agak lawak bila tahu mengenai fakta ini! Kalau korang perasan sendiri berdekatan dengan rumah yang berwarna hijau itu terdapat papan tanda ‘Welcome to Nuketown’. Dekat bawah sekali ada menyatakan jumlah populasi penduduk hanyalah 12 orang! Eh kejap, kan pemain hanya ada 5v5? Mana pula datang lagi dua ye? Okay fikir positif, mungkin orang yang jaga kamera perlawanan dengan jatuhkan drop kot~ke stalker?
Jam Nuklear
Okay lepas ini korang pergi ke rumah kuning, terdapat menara misteri dengan jam dimana ia menunjukkan akan ada serangan nuklear di kawasan ini. Jadi jika jam tersebut cecah kepada nombor 0. kemungkinan besar Nuketown akan diserang dengan maut bom nuklear! Elok sangatlah, nama pun jam Nuklear dekat peta Nuketown, macam ada kaitan yang besar je kan. Hmmm…
Nombor misteri di TV?
Tengah main tu apa kata korang singgah jap dalam rumah dan lihat TV kat situ! Nanti bolehlah nampak nombor 847.01 di kaca TV. Aik kod pelik apa pulak yang ada ini? Nampak seperti kod radio ataupun kod kerajaan megenai peperangan? Kalau rajin pergi kaji kod itu, tapi jangan sampai hack apa-apa lah pula nanti ye!
Bunker perlindungan
Terdapat sebuah Bunker, ala-ala kubu kecil dikawasan belakang rumah jika korang perasan. Kami memang perasan terutama selepas ada loot yang terletak disebelah bunker tu dan membuatkan kami terselit ketika bermain! Dilihat Bunker tersebut adalah seperti tempat perlindungan dari serangan Nuklear. Nampaknya peta Nuketown tersangatlah bersedia untuk serangan bom nuklear ini ye?
Diinspirasikan oleh filem Indiana Jones?
Siapa yang suka siri filem Indiana Jones? Siapa sangka peta Nuketown rupanya berinspirasikan oleh salah satu filem terkenal Indiana Jones! Kalau yang dah biasa tengok siri filem ini, pasti korang tahu dan rasa macam pernah lihat peta Nuketown ini. Iya, peta ini boleh dilihat didalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull dimana Jones menemui tapak ujian nuklear yang akan dimusnahkan oleh bom nuklear.
Rumah replika dari siri sitcom di Amerika!
Ditepi pagar dawai kalau anda perasan ada rumah berwarna merah jambu, dan sebenarnya ia adalah sebuah rumah replika dari siri sitkom komedi zaman 60-70an Brady Bunch di siaran ABC A.S. Anda boleh lihat banyak rujukan rumah Brady Bunch memang nampak serupa sepeti rumah merah jambu di Nuketown!

Okay, itu serba sedikit yang kami dapat kongsikan dan apa pendapat anda mengenai trivia, fakta dan pekara misteri di peta Nuketown ini. Tak percaya? Korang boleh bermain sendiri Call of Duty: Mobile dan kaji lagi taw! Kot-kot ada lagi pekara pelik yang anda nampak dan boleh juga kongsikan pada bahagian komen Facebook kami! Apa-apa pun bersiap sedialah dengan serangan bom nuklear di Nuketown! Hehe~
Sumber: Dunia Games
@gamersantaimy
Discussion about this post