Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘TRIBE NINE’ Kini Merekrut untuk Ujian Beta PC Global!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
‘TRIBE NINE’ Kini Merekrut untuk Ujian Beta PC Global!
Share on FacebookShare on Twitter

Dihasilkan oleh pencipta siri ‘Danganronpa‘, TRIBE NINE kini membuka peluang kepada semua pemain untuk menyertai Ujian Beta Global “Deadly Playtest“.

Secara lebih khusus lagi, ujian beta tertutup “Deadly Test” untuk TRIBE NINE akan dijalankan dari 9 Ogos hingga 15 Ogos untuk PC melalui Steam. Untuk mohon, anda perlu mengisi tinjauan ini melalui laman web rasmi, dan permohonan akan dilengkapkan sebaik sahaja menyerahkan tinjauan tersebut. Pendaftaran untuk ujian beta akan tamat pada 31 Julai, dan peserta terpilih akan dimaklumkan pada awal Ogos.

Tentang TRIBE NINE

Kredit: Akatsuki Games

Tahun 20XX. Kisah ini berlaku di Neo Tokyo, sebuah negara futuristik yang diperintah oleh permainan maut. Sekumpulan remaja berjuang dalam pertempuran hidup-atau-mati yang kejam untuk menuntut semula impian dan kebebasan mereka yang dicuri.

Secara am, TRIBE NINE ialah ‘Extreme Action RPG’ di mana pemain mengawal watak semasa menerokai “bandar” Neo Tokyo, sambil menewaskan musuh untuk membebaskan bandar itu. Parti terdiri daripada tiga watak yang kesemuanya bertarung di medan perang secara serentak.

Unit sekutu akan bertindak balas dengan sewajarnya, dengan memikat musuh dan menyembuhkan sekutu. Apabila tiba masanya, anda juga boleh melancarkan serangan kombo oleh ketiga-tiga ahli parti.

Kredit: Akatsuki Games

Setiap watak yang boleh dimainkan mempunyai ciri unik mereka, yang ditunjukkan dalam kemahiran dan tindakan mereka, jadi anda boleh mengalami pelbagai gaya gameplay bergantung pada watak itu. Oleh itu, strategi dan kaedah pertempuran akan berubah berdasarkan kombinasi ahli parti anda.

Pemain maju dalam jalan cerita dengan mengawal watak dan meneroka Neo Tokyo, menghadapi pelbagai pertempuran dan acara-acara lain di bandar. Sepanjang pengembaraan, tugas baharu datang satu demi satu, seperti memperoleh barang dan peti harta karun, menyelesaikan teka-teki dan mini-game, dan memenuhi permintaan daripada penduduk bandar.

Kredit: Akatsuki Games

Selain daripada menaikan level watak, anda juga mempunyai kebebasan untuk memilih stats yang hendak ditingkatkan dan peralatan yang hendak digunakan. Sebagai contohnya, anda boleh membentuk seorang healer menjadi attacker! Ada banyak pilihan, jadi anda boleh bereksperimen dengan mencipta build original sendiri!

Bagi mereka yang berminat, TRIBE NINE akan tersedia secara percuma untuk PC melalui Steam, iOS dan Android. Tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETATRIBE NINE
ShareTweetSend
Previous Post

Kengan Ashura Season 2 Part 2 Akan Tiba 15 Ogos – Finale Anime!

Next Post

Drama Honkai: Star Rail – Pelakon Suara Moze & Sunday Bermasalah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Drama Honkai: Star Rail – Pelakon Suara Moze & Sunday Bermasalah!

Drama Honkai: Star Rail - Pelakon Suara Moze & Sunday Bermasalah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd