Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TRIBE NINE Akan Tamat Operasi Pada November 2025, Hanya Beberapa Bulan Selepas Pelancaran

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
TRIBE NINE Akan Tamat Operasi Pada November 2025, Hanya Beberapa Bulan Selepas Pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Akatsuki Games baru sahaja mengumumkan bahawa TRIBE NINE, tajuk ‘extreme action RPG‘ yang percuma untuk dimainkan, akan ditamatkan pada 27 November 2025, hanya kurang tiga bulan selepas ia dilancarkan pada 20 Februari 2025.

Game ini, yang boleh dimainkan di PC melalui Steam, iOS, dan Android, gagal mengekalkan popularitinya, menyebabkan semua kemas kini yang dirancang, termasuk Chapter 4 yang dinanti-nantikan serta watak baharu Ichinosuke Akiba dan Saizo Akiba, dibatalkan.

[Important] End of Service Announcement

Thank you for your continued support of TRIBE NINE.

We regret to inform you that service for TRIBE NINE will be terminated on November 27th, 2025 JST.

Since the game's launch, the development and operations teams have strived to provide… pic.twitter.com/KBxF3JKzKV

— TRIBE NINE Official (@tribenine_en) May 15, 2025

TRIBE NINE dibangunkan oleh Too Kyo Games dan Akatsuki Games, berlatarbelakangkan Neo-Tokyo versi dystopia yang terbahagi kepada 23 kawasan, masing-masing dikawal oleh kumpulan atau “Tribe” yang unik.

Pemain akan mengikuti perjalanan sekumpulan remaja yang berjuang menentang diktator bernama Zero melalui sukan futuristik “Extreme Baseball” (XB). Game ini menawarkan elemen penerokaan bebas, penyelesaian teka-teki, dan pertarungan real-time hack-and-slash, serta sistem gacha untuk mendapatkan watak.

Akatsuki Games

Dalam kenyataan rasmi, Akatsuki Games meluahkan rasa kesal atas penutupan ini:

“Sejak pelancaran game, pasukan pembangunan dan operasi telah bekerja keras untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pemain. Namun, selepas pertimbangan yang teliti, kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk menamatkan perkhidmatan game ini.”

Syarikat itu juga meminta maaf atas pengumuman mendadak ini dan mengesahkan bahawa mulai 14 Mei 2025, tiada lagi kandungan baharu, termasuk ciri-ciri yang diumumkan, pelarasan, atau pembetulan pepijat akan dikeluarkan.

Akatsuki Games

Penamatan ini turut menjejaskan “Support Contract – Revenio,” yang pada asalnya akan memperkenalkan Skin Saizo Akiba. Enigma Entities berbayar yang digunakan untuk kontrak ini, serta untuk membuka Armed Support dan Advanced Support, akan dipulangkan selepas kontrak tamat.

Penjualan Enigma Entities berbayar dan Daily Pass juga telah dihentikan pada 14 Mei 2025, namun pemain masih boleh menggunakan Enigma Entities sedia ada sehingga perkhidmatan berakhir.

Akatsuki Games

Pemain digalakkan untuk terus menikmati TRIBE NINE sehingga hari terakhirnya, dengan maklumat lanjut mengenai jadual penutupan boleh dirujuk melalui notis dalam game dan laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TRIBE NINE
ShareTweetSend
Previous Post

Dead Island 2 Percuma di Epic Games Store Hingga 22 Mei 2025

Next Post

DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe
Berita

DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe

May 16, 2025
Next Post
DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe

DC Worlds Collide - Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd