Perhatian semua – Trials of Mana akan datang ke peranti Android dan Apple iOS! Versi remake yang ditambah baik ini merupakan adaptasi dari Seiken Densetsu 3 yang pertama kali diperkenalkan untuk PC, Nintendo Switch, dan PlayStation 4 pada tahun 2020. Didedahkan semasa acara siaran langsung ulang tahun ke-30 siri Mana, ia juga menunjukkan beberapa rakaman gameplay dan mempamerkan UI serta grafik yang disesuaikan untuk peranti mudah alih. Anda boleh pergi ke minit 42 bagi melihat gameplay tersebut:
Versi mobile akan menyokong sistem UI berasaskan sentuhan yang menampilkan analog-stick maya. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri baru yang ditambahkan, termasuk pilihan untuk mengatur penyasaran, pertempuran, dan penyesuaian kamera secara automatik. Seterusnya, pilihan kualiti grafik membolehkan permainan memilih grafik yang paling sesuai bagi peranti pengguna, dan fitur Cloud Save membenarkan pengguna bermain di beberapa peranti yang berbeza.
Square Enix mengesyorkan kita untuk memakai peranti iPhone 7 dan yang lebih kurang sepertinya atau lebih baru untuk menjalankan permainan. Dari segi kandungan, Trials of Mana versi mobile merangkumi kandungan yang ditambahkan oleh kemas kini pada konsol dan PC, seperti barang-barangan baru.
Bonus pembelian juga didedahkan di mana pemain akan menerima dua jenis peralatan untuk mempercepatkan pengalaman mereka. “Rabite Adornment” meningkatkan jumlah XP yang diperoleh sehingga tahap 17. “Silktail Adornment” pula meningkatkan jumlah “lucre” (mata wang dalam permainan) yang diperoleh dari pertempuran hingga level 17.
Harap maklum, Trials of Mana versi Android dan iOS akan dilancarkan pada 15 Julai 2021, sebagai aplikasi premium di App Store dan Google Play. Untuk mereka yang nak cuba permainan asli, ini kini boleh dimainkan di PS4, Nintendo Switch, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Square Enix

@gamersantaimy
Discussion about this post