Square Enix hari ini mengumumkan bahawa remake 3D popular untuk permainan aksi RPG klasik Trials of Mana versi mobile kini tersedia pada peranti iOS dan Android pada nilai harga RM90.99! Trials of Mana versi mobile menawarkan beberapa ciri unik, termasuk kawalan “touch” yang diperbaharui, tetapan grafik yang dapat diubah suai dan fitur cloud save. Pemain juga dapat menerima dua peralatan awal yang berguna untuk membantu memulakan pengembaraan mereka iaitu:
- Rabite Adornment yang meningkatkan jumlah “experience” dalam pertarungan hingga level 17 dan..
- Silktail Adornment, yang meningkatkan jumlah “lucre” (mata wang dalam permainan) dalam pertarungan hingga ke level 17.
Mula-mula dilancarkan di Jepun sebagai Seiken Densetsu 3 pada tahun 1995, Trials of Mana adalah remake definisi tinggi berdasarkan entri ketiga dalam siri klasik Mana, yang dipenuhi dengan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan, gameplay yang menarik, dan senarai watak-watak yang unik. Bagi mereka yang tidak tahu, permainan ini membolehkan pemain memilih dari senarai watak yang disediakan dengan kelas yang dapat kita upgrade serta lebih dari 300 abiliti berbeza untuk belajar ketika menjelajah sebuah dunia rahsia penuh misteri.
Sistem pertempuran yang berunsur aksi dinamik akan menguji pemain ketika mereka cuba mengelak dari musuh dan melancarkan serangan dan kombo di udara. Asalnya dilancarkan pada tahun lepas, permainan ini dipuji oleh peminat dan pengkritik ketika keluar di platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Steam kerana gameplay yang mudah diakses, persekitaran JRPG tradisional dan visual fantasi yang indah.
Siri Mana, yang dikenali sebagai Seiken Densetsu di Jepun, adalah siri aksi-RPG lama yang merangkumi pelbagai judul selama hampir tiga dekad. Siri ini terkenal dengan watak, jalan cerita dan muzik yang mempesona, serta mempelopori pendekatan berorientasi aksi untuk pertempuran tradisional JRPG.
Untuk segala liputan kami tentang Trials of Mana, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post