Baru-baru ini, Embark Studios telah melancarkan ‘open beta’ pertama untuk game free-to-play first-person shooter “THE FINALS” sejak 26 Oktober hingga 5 November di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Walaupun tempoh masa ujian agak terhad, THE FINALS terbukti cukup popular dan boleh dianggap sebagai salah satu gergasi akan datang dalam genre “FPS”.
Mengapa ia trending? Sebabnya mudah sahaja – gameplay terlalu menyeronokkan.
THE FINALS mengisahkan tentang orang yang bertanding dalam rancangan tempur maya yang disiarkan di televisyen. Ini dicerminkan oleh orang-orang holografik yang dilihat semasa perlawanan, serta ulasan oleh pelbagai hos.

Saya tidak dapat menjelaskan begitu banyak tentang mode lain tetapi dalam mode standard (dirujuk sebagai “Cashout”), pemain akan menyertai pasukan yang terdiri dariapda dua pemain lain. Setiap pasukan perlu bersaing untuk menyelesaikan objektif, yang terdiri daripada membuka peti besi dan mengangkutnya ke lokasi “cash-out”. Pemenang akhir ialah pasukan yang telah mengumpul wang paling banyak; ditentukan oleh nilai wang dan metrik lain seperti “point, elimination, assist, death, revive, dan objective”.

Pemain dapat memilih watak mereka berdasarkan kelas “Light”, “Medium”, “Heavy”, yang dicerminkan oleh model watak berlainan. Senjata, abiliti dan ciri tertentu turut khusus kepada setiap kelas dan setiap satu mempunyai kelajuan pergerakan berbeza. Namun, tidak semua senjata dan peralatan dikhaskan untuk satu kelas, jadi masih ada sifat kebebasan daripada segi customization.
Bagi majoriti pemain, apa yang paling menarik perhatian mereka kepada game adalah variabel yang menggalakkan perubahan gameplay. Ini termasuk rupa bumi yang boleh diubah suai oleh pemain, keadaan cuaca yang berbeza, dan komposisi pasukan.

Sebagai contoh, arena tersebut mengandungi barang-barang yang digantung pada tali, serta barang-barang di atas tanah yang boleh diambil dan dilempar oleh pemain, seperti tong dan pasu. Sebahagian daripadanya adalah bahan letupan, yang bermakna ia akan meletup apabila terkenal impak. Jika dilakukan dengan tepat, keseluruhan bangunan boleh dimusnahkan jika anda meletupkan sokongannya.
Biasanya, aspek pemusnahan pada skala sebesar ini amat mustahil dalam kebanyakan game multiplayer kerana server tidak mampu menanggung aksi dan maklumat yang dipaparkan. Entah bagaimana, Embark Studios nampaknya mempunyai teknologi server yang canggih untuk membuatkan perkara yang mustahil menjadi realiti.

Matlamat Open Beta adalah untuk melaksanakan penambahbaikan dan perubahan yang dibuat daripada ujian terdahulu pada PC, menguji tekanan server dan infrastruktur secara berskala, memastikan pasukan mampu membaiki dan mengemas kini game dengan cepat merentas platform dan mendapatkan maklum balas tentang pengalaman konsol dan gamepad.
Tidak semuanya berjalan lancar pada awal OPen Beta. Ramai pemain mengadu tentang prestasi yang lemah dan frame rate rendah yang menimbulkan isu besar semasa bermain. Ada juga yang tidak suka penggunaan lakonan suara AI untuk hos dan watak lain.

Walaupun begitu, THE FINALS terbukti cukup popular dan tersenarai di tempat ke-4 dalam Steam Charts, sebagai salah satu game yang paling kerap dimainkan, dengan maksimum 264,874 pemain pada satu masa. Kini, jumlah purata adalah sekitar 125,679 dan itu pun masih mengagumkan memandangkan ia dapat bersaing dengan FPS besar lain di pasaran.
Jika berminat, anda boleh mencuba Open Beta THE FINALS sekarang dengan mengikut serta playtest di PC menerusi halaman Steam, serta di konsol pilihan.
@gamersantaimy
Discussion about this post