Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer terbaru filem One Piece: Red mendedahkan anak Shank

safwan by safwan
April 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Trailer terbaru filem One Piece: Red mendedahkan anak Shank
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece telah mendedahkan trailer untuk filem One Piece: Red yang akan datang dan terdapat beberapa watak utama daripada francais One Piece yang akan kembali dalam filem ini. Filem One Piece: Red dijadualkan akan dikeluarkan pada 6 Ogos di Jepun dan tiada pengumuman rasmi untuk tayangan di seluruh dunia.

Selain daripada ahli krew Straw Hat, trailer itu mendedahkan watak lain seperti Akainu, Law, Bartolomeo, dan Hancock. Terdapat seorang wanita muda bernama Uta yang merupakan penyanyi terkenal dalam filem itu. Yang lebih mengejutkan lagi, Uta sebenarnya anak perempuan kepada Shanks. Berikut adalah sinopsis rasmi filem ini:

Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.

Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem One Piece: Red dijadualkan akan dikeluarkan pada 6 Ogos di Jepun dan tiada pengumuman rasmi untuk tayangan di seluruh dunia. Goro Taniguchi (Code Geass: Hangyaku no Lelouch, Planetes, Junketsu no Maria) adalah pengarah untuk filem ini, manakala Tsutomu Kuroiwa (Gantz:O, One Piece: Heart of Gold, One Piece Film: Gold) sebagai penulis skrip. Sudah tentu, Toei animation akan mengendali bahagian animasi filem ini.

Jadi, adakah korang teruja dengan filem One Piece: Red yang akan datang ini? Harap-harap filem ini akan ditayangkan di Malaysia nanti. Boleh kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.

Sumber: Anime Senpai

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece FILM: RED
Previous Post

Review MSI GE76 Raider: Laptop kelas atasan untuk geng bangsawan

Next Post

PlayStation dan Nintendo mengemas kini perkhimatan langganan game mereka!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation dan Nintendo mengemas kini perkhimatan langganan game mereka!

PlayStation dan Nintendo mengemas kini perkhimatan langganan game mereka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd