Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer terbaru Dragon Ball Z: Kakarot mendedahkan Story Arc Majin Buu & Open-World Gameplay!

Kemunculan FUSIONNN!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Trailer terbaru Dragon Ball Z: Kakarot mendedahkan Story Arc Majin Buu & Open-World Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Bandai Namco dan developer CyberConnect2 mempamerkan lebih banyak gameplay untuk action-RPG mereka akan datang Dragon Ball Z: Kakarot sebagai sebahagian daripada acara Paris Games Week 2019. Pelbagai montage menyerlahkan banyak kepelbagaian gameplay merentasi dunia open-world, dan memberi kita gambaran interaksi antara watak-watak popular yang akan merangkumi kisahnya.

Menawarkan kisah baru dalam cerita klasik Dragon Ball Z, klip bermula dengan saat-saat ikonik kegemaran ramai apabila Vegeta bergabung dengan Goku menggunakan set anting potara untuk bertarung Ultimate Majin Buu. Trailer kemudian membawa kita ke permulaan Buu Saga yang menunjukkan kemunculan The Great Saiyaman, hingga ke World Tournament dan kelahiran Majin Buu. Video itu berakhir dengan Trunks dan Goten mempelajari tarian fusion, dan kembali ke penampilan Goku dan Vegeta yang selesai menjadi Vegito.

Trailer ini memperlihatkan gambaran gameplay Buu Saga, serta playable character Gotenks dan Vegito. Ciri-ciri utama trailer termasuk:

  • Playable character baru Fusion, Vegito dan Gotenks.
  • Kehidupan jauh dari medan perang, dan memfokuskan pada ‘kehidupan normal’ Gohan di sekolah atau bermain besbol.
  • Highlight dari anime direplikasi dalam permainan, termasuk pengorbanan Vegeta melawan Majin Buu.

Tonton trailer sendiri di bawah:

Dragon Ball Z: Kakarot akan keluar di seluruh dunia untuk PS4, Xbox One, dan PC pada 17 Jan, 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoBuu SagaCyberConnect2Dragon Ball Z: KakarotgokuGotenksParis Games Week 2019Vegito
Previous Post

Ulasan Song Of Horror Episode 1 & 2 – Kematian tidak bermakna semua akan berakhir!

Next Post

Niat nak sambut Halloween, sebaliknya lelaki berkostum PUBG menangkap pencuri dengan kuali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Niat nak sambut Halloween, sebaliknya lelaki berkostum PUBG menangkap pencuri dengan kuali!

Niat nak sambut Halloween, sebaliknya lelaki berkostum PUBG menangkap pencuri dengan kuali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd