Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer rasmi Assassin’s Creed Valhalla didedahkan! Berubah menjadi VIKING paling legendari dalam sejarah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, PC, PS4, PS5, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Trailer rasmi Assassin’s Creed Valhalla didedahkan! Berubah menjadi VIKING paling legendari dalam sejarah!
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Valhalla akan melemparkan pemain ke abad ke-9 England, sebuah zaman di mana kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pimpin klan anda untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris. Dilancarkan pada Holiday 2020 untuk PS5 dan Xbox Series X, serta PS4, Xbox One, PC, dan Stadia, Assassin’s Creed Valhalla membolehkan pemain untuk menyerang, menakluk, dan memperjuang untuk kejayaan di tanah baru yang penuh misteri dan kekejaman.

Di Assassin’s Creed Valhalla, hampir setiap keputusan yang anda buat akan memberi kesan yang berkekalan di seluruh dunia. Keganasan bukanlah satu-satunya taktik untuk mendapatkan apa yang anda mahukan; mulut yang berpetah juga sangat efektif ketika mencari petempatan baru bagi rakyat anda. Jatuhkan keseimbangan kuasa penjajah Inggeris dan memperluaskan pengaruh anda melalui diplomasi akan membuahkan hasil yang lebih aman. Setiap pakatan politik yang anda cipta, strategi pertempuran yang anda gunakan, dan pilihan dialog yang anda buat akan mengubah perjalanan pemain.

Tidak sahlah kalau jadi Viking tapi tidak menyerbu orang kan? Assassin’s Creed Valhalla membolehkan anda menyerang hendap kapal perang untuk merampas wilayah musuh demi mendapatkan sumber yang diperlukan, atau lancarkan serangan besar-besaran pada kubu pertahanan Saxon. Setiap serbuan mempunyai lebih banyak aksi dan kekejaman berbanding mana-mana judul Assassin’s Creed sebelum ini, berkat sistem pertempuran baru yang membolehkan anda memukul, memotong, dan menghancurkan musuh anda. Eivor boleh menggunakan dua kapak, pedang, dan juga perisai untuk menentang pelbagai jenis musuh yang pernah wujud di siri Assassin’s Creed. Dan jika anda mahu mencampur aduk kombinasi ini, kepulangan Hidden Blade membolehkan Eivor membunuh sasaran dengan ketepatan yang diinginkan.

Boleh diimainkan sebagai wanita atau lelaki, Eivor akan memimpin sekelompok rakyat Norse merentasi Laut Utara yang sejuk untuk melarikan diri daripada peperangan dan sumber-sumber yang semakin berkurangan di Norway. Jika ingin bertahan hidup, mereka harus membina petempatan baru di tanah berbahaya England. Di sana, anda harus menjaga diri sendiri dan rakyat anda dengan membina, mengubah suai, dan meningkatkan petempatan dengan bangunan baru sambil merekrut anggota baru untuk mengembangkan klan anda.

Assassin’s Creed Valhalla akan keluar pada Holiday 2020 untuk pelantar Xbox Series X, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, Stadia and PC. Pra-bayar sekarang di Epic Games Store atau Ubisoft Store. Pautan disediakan di bawah.

PRA-BAYAR DI SINI!!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed ValhallaPCPS4ps5ubisoftvikingXbox OneXbox Series X
Previous Post

Super Mecha Champions melancarkan Pilot Bond System & mecha baru Neutron Star!

Next Post

Episod Bonus Final Fantasy XIV: Shadowbringers menampilkan penceritaan Crossover NieR: Automata!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Episod Bonus Final Fantasy XIV: Shadowbringers menampilkan penceritaan Crossover NieR: Automata!

Episod Bonus Final Fantasy XIV: Shadowbringers menampilkan penceritaan Crossover NieR: Automata!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd