Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!

Maira by Maira
April 25, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman adaptasi anime pada tahun lepas, akhirnya Arknights [Prelude to Dawn] telah melepaskan trailer pertama untuk anime tersebut. Dalam trailer rasmi itu, terdapat beberapa watak yang ditunjukkan bersama-sama babak hebat daripada mereka. Buat masa ini, masih tiada tarikh tayangan rasmi yang diumumkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman lain daripada Yostar Pictures.

Arknights [Prelude to Dawn] akan diarahkan oleh Yuuki Watanabe dengan Masaki Nishikawa sebagai penolong pengarah. Kedua-duanya sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah unit dan papan cerita untuk beberapa video promosi untuk game Arknights. Aya Takafuji, yang turut terlibat dalam penghasilan trailer animasi untuk game Blue Archive, akan mengendalikan reka bentuk watak animasi.

Untuk pengetahuan anda, anime ini akan dihasilkan Yostar Pictures, yang telah menghasilkan banyak video promosi untuk game Arknights. Jadi, anda boleh nantikan animasi hebat daripada mereka!

anime arknights

Tentang Arknights

Ambil peranan sebagai ahli penting Rhodes Island, sebuah syarikat farmaseutikal yang memerangi jangkitan maut serta mereka yang dijangkiti olehnya. Bersama-sama Amiya, anda anda rekrut Operator, melatih mereka dan menugaskan mereka untuk pelbagai operasi dalam melindungi orang ramai dan menentang sesiapa yang mendorong dunia ke dalam kekacauan.

anime arknights

Dibangunkan oleh pemaju China, Hypergryph, Arknights adalah game mobile tower defence yang percuma untuk dimainkan. Pembangun mengeluarkan game itu di seluruh dunia pada Januari 2020 untuk iOS dan Android. Sejak itu, game gacha ini telah meraih jutaan pemain kerana seni, gameplay dan pendekatan kompetitifnya. Bukan setakat itu sahaja, game terbaru daripada siri ini juga telah diumumkan, bertajuk Arknights: Endfield.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ini, anda boleh lawati laman web rasmi dan jika anda inginkan liputan lain mengenai anime, anda boleh klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeArknights
Previous Post

Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022

Next Post

‘Ys 6 Mobile’ akan tiba 6 Mei di Malaysia, pra-daftar JRPG ini sekarang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
‘Ys 6 Mobile’ akan tiba 6 Mei di Malaysia, pra-daftar JRPG ini sekarang

'Ys 6 Mobile' akan tiba 6 Mei di Malaysia, pra-daftar JRPG ini sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd