Baru sahaja sebentar tadi, Capcom telah mengadakan acara siaran langsung secara online, iaitu Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Special Launch Program. Di acara tersebut, mereka telah mendedahkan roadmap kemaskini yang dirancang beserta trailer pelancaran untuk game tersebut. Anda boleh lihat trailer pelancaran Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin di bawah.
Didalam trailer pelancaran, kita dapat melihat beberapa adegan yang tidak pernah ditampilkan dalam video trailer sebelum ini. Peminat juga boleh melihat beberapa Monster baru yang bakal tiba di game Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin apabila ia dilancarkan nanti.
Di dalam perancangan roadmap mereka, Capcom telah menyatakan yang Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruins akan menerima sebuah kemaskini pertama pada 15 Julai, iaitu selepas seminggu game ini dilancarkan. Kemaskini yang akan datang di game ini juga bakal tersedia secara percuma untuk para pemain mereka, tanpa sebarang bayaran!
Berikut adalah rancangan roadmap yang telah dirancang oleh Capcom untuk game ini:
- 15 Julai – Monstie baru: Palamute
- 5 Ogos – Eksklusif Co-op Quest Kulve Taroth bersama dua Monstie: Hellblade Glavenus dan Boltreaver Astalos
- Awal September – Monstie baru: Soulseer Mizutsune, Elderfrost Gammoth dan Oroshi Kirin
- Hujung September – Eksklusif Co-op Quest Kulve Taroth yang sangat sukar bersama Monstie baru: Dreadking Rathalos dan Molten Tigrex
- Oktober – Eksklusif Co-op Quest misteri yang sangat sukar bersama Monstie baru: Silver Rathalos dan Gold Rathian
Versi demo game ini telah pun mula dilancarkan bermula 25 Jun yang lalu! Nantikan ketibaan Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin pelancarannya pada 9 Julai nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post