Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer gameplay pertama Transformers: Battlegrounds! Edisi Digital Deluxe diumumkan~

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Trailer gameplay pertama Transformers: Battlegrounds! Edisi Digital Deluxe diumumkan~
Share on FacebookShare on Twitter

Outright Games telah mengeluarkan trailer gameplay pertama Transformers: Battlegrounds hari ini, dan juga mendedahkan pada edisi Digital Deluxe yang sangat-sangat mewah. Trailer di bawah menunjukkan beberapa Autobots kegemaran anda ketika mereka bertarung dengan para Decepticons. Di sini, anda boleh menikmati “pertempuran taktikal dan aksi arked ko-op yang menarik serta pelakon suara asal daripada siri TV Cyberverse.”

Edisi Deluxe yang saya bicarakan di atas hanyalah digital sahaja, yang termasuk permainan video penuh, empat pek skin Autobot dan mod permainan arked eksklusif, CUBE. Di sini, Autobots dan Decepticons akan bertarung sesama sendiri sambil menggunakan abiliti khas mereka yang unik untuk mengawal CUBE di empat arena unik.

Sinopsis rasmi:

“Ketika MEGATRON mendekati Allspark, BUMBLEBEE dan Autobots memerlukan komander baru untuk menyelamatkan Bumi – iaitu kamu! Kumpulkan skuad anda dan bersiap sedia untuk peperangan yang akan berlangsung dari Central City hingga Cybertron.”

Seperti yang dinyatakan di atas, Transformers: Battlegrounds akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC pada 23 Oktober. Adakah anda peminat Transformers? Jangan tunggu lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digital DeluxeGameplayOutright GamesTransformersTransformers: Battlegrounds
Previous Post

[TGS2020] Pra-pendaftaran NieR Re[in]carnation dimulakan di Jepun dan secara berperingkat!

Next Post

[TGS2020] Game metroidvania HAAK sudah berada di Steam Early Access! Cuba sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
[TGS2020] Game metroidvania HAAK sudah berada di Steam Early Access! Cuba sekarang!

[TGS2020] Game metroidvania HAAK sudah berada di Steam Early Access! Cuba sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd