Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Baru Konosuba: An Explosion on This Wonderful World Dedahkan Ahli Crimson Magic Clan!

Maira by Maira
December 5, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Trailer Baru Konosuba: An Explosion on This Wonderful World Dedahkan Ahli Crimson Magic Clan!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai antara anda pernah menonton Konosuba, ataupun “KonoSuba: God’s Blessing on This Wonderful World!”. Kalau anda ingin tahu, anime Konosuba akan mendapat spinoff, di mana Megumin akan menjadi protagonisnya! Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.

Bertajuk “Konosuba: An Explosion on This Wonderful World!”, anda akan menonton pengembaraan Megumin bersama ahli-ahli Crimson Magic Clan. Bukan setakat itu sahaja, trailer terbaru juga telah dilepaskan. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.

Melihat daripada trailer tersebut, kita diperkenalkan dengan beberapa ahli Clan tersebut bersama-sama pelakon suara watak. Sudah tentu Megumin dan Yunyun kembali dalam spinoff ini. Berikut adalah barisan pelakon suara untuk anime ini.

  • Rie Takahashi: Megumin
  • Aki Toyosaki: Yunyun
  • Maria Naganawa: Komekko
  • Kaori Nazuka: Arue
  • Miyu Tomita: Funifura
  • Sayumi Suzushiro: Dodonko
  • Shizuka Ishigami: Nerimaki

Takaomi Kanasaki, pengarah siri anime terdahulu akan menjadi ketua pengarah anime di Drive manakala Yujiro Abe akan mengarahkan siri spinoff ini. Makoto Uezu sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai penulis skrip dan Koichi Kikuta akan mereka watak. Untuk muzik pula, ianya akan dihasilkan oleh Masato Koda.

Konosuba explosion

Untuk pengetahuan anda, mereka ini jugalah yang akan menghasilkan musim ketiga untuk anime Konosuba. Tentang siri tersebut, ia merupakan siri novel ringan yang ditulis oleh Natsume Akatsuki. Ia mengisahkan Kazuma Sato, yang telah dihantar ke sebuah dunia fantasi selepas kematiannya. Di situlah dia memulakan pengembaraan sebagai hero dengan parti yang unik seperti dewi, ahli magis dan seorang pahlawan.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai siri, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KonoSubaKonosuba: An Explosion on This Wonderful WorldKonoSuba: God's Blessing on This Wonderful World!
Previous Post

Review Alice in Borderland Season 2 – Aksi lebih gempak & game maut lebih mendebarkan!

Next Post

The Game Awards 2022 LIVE bakal disiarkan di TGV Sunway Pyramid!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
The Game Awards 2022 LIVE bakal disiarkan di TGV Sunway Pyramid!

The Game Awards 2022 LIVE bakal disiarkan di TGV Sunway Pyramid!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd