HandyGames telah mengumumkan yang game Townsmen VR kini boleh dimainkan dengan menggunakan PlayStation VR2 di PlayStation 5.
Townsmen adalah sebuah game yang menggabungkan dua elemen iaitu God-game simulation dan building game yang klasik. Jadi, anda akan bermain sebagai God dan mengarah semua kehidupan yang ada dalam game ini. Anda boleh mengarah manusia untuk membuat kerja, berehat dan macam-macam lagi.
Tentang Townsmen VR

Townsmen VR memberi anda keupayaan seperti God untuk berlegar di atas pulau anda dan mengawal nasib penduduk anda dari pandangan mata burung atau zoom in masuk untuk melihat bandar anda dari perspektif mereka. Beri pesanan dan saksikan penduduk bandar anda melaksanakannya atau ambil pendekatan yang lebih praktikal untuk membantu mereka secara langsung dengan tugas harian mereka.
Townsmen VR adalah interaktif sepenuhnya, bermakna anda boleh menyentuh, merasa dan menggunakan hampir semua perkara dalam dunia game. Membelai hutan dan rasakan puncak pokok menggelitik tangan anda, tiup kincir angin untuk menjadikannya lebih cepat atau panggang ikan di atas api. Pilihan adalah milik anda.

Barisan watak telah disuarakan sepenuhnya akan membantu anda dalam kempen untuk memulakan perkampungan pertama anda dan sebaik sahaja anda menguasai sistem, mod kotak pasir mode sandbox yang tidak berkesudahan akan membolehkan anda membina sepuas hati anda.
Townsmen VR kini telah tersedia untuk PlayStation VR2 di PlayStation 5. Ia juga boleh didapatkan di PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post