Game MMO kalau launch memang kadang-kadang huru-hara. Antara salah satunya tidak boleh masuk server untuk bermain. Itulah yang terjadi kepada pemain Tower of Fantasy yang rasanya masih lagi setia menunggu giliran mereka untuk masuk ke dunia Aida. Game itu baru sahaja lancar beberapa jam yang lalu dan kini diberikan review 1 bintang oleh ramai pemain kerana masalah tersebut.
Melalui Twitter rasmi Tower of Fantasy, pihak pembangun yang telah perasan mengenai masalah tersebut kini berusaha untuk menyelesaikannya. Berapa lama masalah ini akan terus berlangsung masih lagi tidak diketahui.
Tetapi tengok juga server mana yang anda pilih untuk bermain. Kalau tidak ada rezeki memang anda akan ikut beratur dengan beribu pemain lain. Kesian juga apabila melihat ramai pemain yang terpaksa menunggu lebih daripada 24 jam semata-mata untuk main game tersebut. Kalau anda bernasib baik, mungkin anda akan boleh masuk ke dunia Aida tanpa sebarang masalah. Lagipun server baru juga akan ditambah nanti.

Selain daripada masalah server, ramai juga pemain yang mengalami masalah sambungan, akaun hilang malah ada juga yang kena BSOD (Blue Screen) apabila bermain di PC. Ini memang masalah besar juga buat pemain PC.
Harap-harap pembangun Tower of Fantasy selesaikan masalah ini dengan segera. Belum lagi cerita tentang review bom oleh pemain daripada game lain pula. Memang teruk juga kena hentam. Apapun, anda boleh ikuti akaun sosial rasmi Tower of Fantasy untuk dapatkan kemas kini lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tower of Fantasy daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post