Tower of Fantasy oleh Perfect World Games telah menerima banyak ulasan negatif selepas mencuri aset dari Honkai Impact dan meniru review Genshin Impact menggunakan bot untuk nampak positif. Malangnya, drama tidak berhenti di situ kerana Tower of Fantasy kantoi sekali lagi memplagiat sumber luar untuk menggunakannya dalam video promosi mereka sendiri.

Kononnya “belajar daripada kesilapan lama”, Tower of Fantasy kali ini memutuskan untuk memplagiat kandungan bagi video promosi mereka daripada syarikat yang kecil, mungkin dengan harapan tiada siapa yang akan tahu. Malangnya, nasib tidak memihak kepada mereka.
Sebuah syarikat animasi Jepun bernama “Hurray!” telah menyuarakan aduan di Twitter rasmi bahawa video promosi Tower of Fantasy terang-terang memplagiat hasil karya mereka. Berikut adalah tweet tersebut:
Seperti yang anda dapat lihat, persamaan antara kedua-dua video memang boleh dipersoalkan, di mana babak aksi seolah-olah ditiru bermula dari adegan berjalan hingga ke aksi lain seperti apabila watak utama melompat, apabila watak utama menjatuhkan diri dan semasa watak utama mendaki; semuanya dalam susunan yang sama. Sesiapa yang melihat pasti setuju bahawa video itu diciplak.

Hurray! juga menjelaskan bahawa kerana mereka hanya sebuah syarikat skala kecil , jadi ia agak sukar untuk membuat tindakan undang-undang. , Syarikat tersebut hanya dapat meluahkan kekecewaan di media sosial dengan harapan untuk memberitahu lebih ramai pemain tentang perkara ini.
Memang benar Tower of Fantasy mempunyai potensi untuk menyaingi Genshin Impact, dengan konsep gameplay mereka yang unik, tetapi tiada siapa akan suka game ini selagi pihak pemaju terus kekalkan budaya memplagiat.
Apa pendapat korang? Adakah betul mereka tiru atau ini hanya sekadar kebetulan sahaja? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Sumber – Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post