Sebelum ini, DMM Games dan Koei Tecmo mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Touken Ranbu Warriors di seluruh dunia pada 24 Mei 2022 di Nintendo Switch. Walaupun begitu, mereka telah menambah Touken Ranbu Warriors di pautan SteamDB yang menunjukkan mereka sedang siap sedia untuk melancarkannya di PC melalui Steam pada tarikh yang sama.
Selain itu, hari ini mereka telah mengeluarkan satu video berkenaan watak-watak yang akan mewakili Fourth Team. Tsurumaru Kuninaga yang merupakan ketua bagi Fourth Team dan ahli kumpulannya adalah Shokudaikiri Mitsutada dan Okurikara. Korang boleh tengok secara terperinci di bawah:
Berikut adalah serba sedikit tentang Touken Ranbu Warriors:
Touken Ranbu Warriors menampilkan 15 watak daripada Touken Ranbu ONLINE, di mana pedang terkenal mengambil bentuk pahlawan bernama Touken Danshi. Mereka adalah pejuang elit yang telah mengangkat sumpah untuk melindungi sejarah. Di Touken Ranbu Warriors, ahli Touken Danshi telah hilang melalui masa tanpa tuan mereka iaitu Saniwa apabila mereka tiba-tiba diserang oleh History Retrograde Army (HRA) yang menakutkan.
Selepas konflik awal, Touken Danshi didekati oleh Kerajaan Masa dan dihantar dalam misi ke Era Sengoku, yang dilanda perang di mana semakan sejarah Jepun sedang dijalankan. Bolehkah wira Touken Danshi memulihkan keadaan kembali seperti sedia kala? Akhirnya, pertempuran yang diinginkan oleh Touken Danshi menjadi kenyataan!

Kepada yang tidak tahu, game ini telah diumumkan pada Ogos yang lepas oleh DMM Games. Touken Ranbu ialah francais popular berdasarkan game browser di PC yang kebanyakannya ditujukan kepada wanita di mana pemain itu mengembara ke masa lalu dan mengumpul pedang legenda yang diwakili oleh lelaki muda yang kacak.

Suka saya mengingatkan bahawa Touken Ranbu Warriors akan tersedia di seluruh dunia di Nintendo Switch. DMM Games akan melancarkan game ini di Jepun dan Asia Timur pada 17 Februari 2022. Koei Tecmo pula akan melancarkan game ini dalam bahasa Inggeris pada 24 Mei 2022.
Jadi, apa pendapat korang tentang Touken Ranbu Warriors akan dikeluarkan di PC tidak lama lagi? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Touken Ranbu Warriors, sila klik pautan ini.
Sumber: SteamDB
@gamersantaimy
Discussion about this post