Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Touken Ranbu Musou diumumkan untuk PC & Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2021
in Artikel, Berita, Musou, Nintendo Switch, PC
0 0
0
Touken Ranbu Musou diumumkan untuk PC & Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan DMM Games telah mendedahkan Touken Ranbu Musou, sebuah permainan aksi baru yang bakal hadir ke Nintendo Switch dan PC melalui DMM Game Player. Judul ini menjadikan Touken Ranbu sebagai francais terbaru untuk menerima adaptasi permainan Musou/Warriors rasmi setelah Koei Tecmo bekerjasama dengan IP seperti Gundam, One Piece, dan The Legend of Zelda.

Watak pertama yang disahkan adalah Mikazuki Munechika. Dia merupakan antara watak Touken Ranbu yang paling terkenal dan berdasarkan salah satu daripada lima pendekar pedang paling terhebat di Jepun. Jalan cerita Touken Ranbu Musou akan mempunyai lima belas pendekar pedang yang dibahagikan kepada lima pasukan berbeza. Mikazuki Munechika akan memimpin pasukan pertama tetapi yang lain masih dirahsiakan. Koei Tecmo dan DMM Games akan mendedahkan maklumat lanjut tentang watak-watak lain pada kemudian hari.

Permainan asli, Touken Ranbu -Online-, adalah permainan “free-to-play PC browser” di mana pemain mengumpulkan watak-watak yang diilhamkan oleh tokoh-tokoh terkenal dari sejarah Jepun. Selepas membuat kemunculan debut pada tahun 2015, francais ini juga menerima pelbagai drama dan adaptasi anime. Pada Februari 2021, Johren melancarkan versi rasmi berbahasa Inggeris untuk Touken Ranbu -Online-.

Image

Buat masa ini, saya hanya tahu bahawa Touken Ranbu Musou akan tersedia untuk Nintendo Switch dan PC melalui DMM Game Player di Jepun. Pelancaran global masih belum diumumkan tetapi saya harap pihak pemaju dan penerbit memikir tentang peminat antarabangsa yang minat kepada francais ini.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Pada masa yang sama, Koei Tecmo telah mengeluarkan Samurai Warriors 5 untuk Nintendo Switch, PS4, Xbox One, dan PC sebagai entri terbaru dalam siri Samurai Warriors. Bagi mereka yang tidak tahu, Samurai Warriors 5 adalah permainan hack dan slash musou klasik tetapi memperkenalkan skil Ultimate, serangan Hyper yang ditingkatkan, dan banyak lagi untuk memastikan gameplay lebih menarik dari entri sebelum.

Untuk segala liputan kami tentang siri permainan Musou/Warriors, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamerBraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DMM Gameskoei tecmoMusouTouken RanbuTouken Ranbu Musou
Previous Post

Level Up Keyboard anda dengan set Aksesori baru Razer Keyboard!

Next Post

Razer Hammerhead True Wireless gen 2 dengan ciri Chroma RGB dan Active Noise Cancellation dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Razer Hammerhead True Wireless gen 2 dengan ciri Chroma RGB dan Active Noise Cancellation dilancarkan!

Razer Hammerhead True Wireless gen 2 dengan ciri Chroma RGB dan Active Noise Cancellation dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd