Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Total War: Warhammer III – Maklumat terkini mengenai Campaign dan Gameplay!

Maira by Maira
January 19, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Total War: Warhammer III – Maklumat terkini mengenai Campaign dan Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Agak lama juga tidak mendengar perkembangan terbaru untuk Total War: Warhammer III. Sebelum ini kami telah memperkenalkan kepada anda mengenai dua kerajaan dalam entri terbaru francais ini iaitu Kislev dan Khorne. Kali ini, kami ingin menceritakan sedikit mengenai mod campaign dalam Total War: Warhammer III ini. Sebelum itu, mari saya perkenalkan secara ringkas mengenai game ini.

Siri ini telah dilancarkan pada tahun 2016, yang menampilkan game siri Total War yang terdiri daripada faksi dari alam semesta Warhammer Fantasy. Ia dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh SEGA. Entri ketiga ini merupakan kesimpulan untuk trilogi siri Total War: Warhammer. Jadi, tidak pelik mengapa ramai peminat yang ternanti-nanti untuk memainkannya. Tarikh pelancaran game ini jatuh pada 17 Februari 2022. Ia akan tersedia di Steam, Epic Games Store, Xbox PC Game Pass dan Microsoft Store.

Campaign Total War: Warhammer III

Mod campaign dalam Total War: Warhammer III berpusat pada Ursun, yang merupakan bear-god dalam faksi Kislev. Dia kini sedang nazak setelah dikhianati oleh putera raja Khislev. Kini, dia terperangkap oleh Be’Lakor, putera Daemon dan kebanyakkan cerita untuk faksi akan menceritakan apa yang ingin mereka lakukan mengenainya.

Contohnya, Kislev yang sememangnya tidak mahu tuhan mereka itu mati, jadi campaign mereka akan menceritakan bagaimana mereka akan menyelamatkan Ursun. Tetapi lima faksi Chaos inginkan kuasa yang dimiliki Ursun untuk kegunaan masing-masing.

Gameplay

Rift

Gameplay asas untuk entri ketiga ini masih lagi kekal seperti game terdahulu. Tetapi sudah tentu ia mempunyai tambahannya tersendiri. Anda akan menjumpai Rift yang akan muncul pada peta, hasil daripada raungan Ursun yang kesakitan. Rift akan menghantar pemain ke realm of chaos, di mana pemain akan mendapat misi survival yang baru.

Selepas pemain berjaya mengalahkan putera Daemon di setiap rift, mereka akan mendapat “soul” mereka dan apabila anda berjaya mengumpul kesemua empat soul, pergi ke Forge of Souls untuk berlawan dengan Be’Lakor.

Chaos Undivided

Di dalam Warhammer, terdapat 4 chaos god seperti berikut:

  • Nurgle- God of Decay and Disease.
  • Slaanesh- Lord of Pleasure.
  • Tzeentch- God of Change.
  • Khorne- God of Blood, War and Murder.

Jadi, kesemua puak yang telah diumumkan sebelum ini, pemain akan dedikasikan seluruh tentera pada satu dewa sahaja. Tetapi dalam Warhammer yang lama, akan ada faksi chaos kelima, yang dipanggil Chaos Undivided atau Daemons of Chaos. Daripada menyembah pada satu dewa sahaja, pemain akan berpandu* pada Chaos secara keseluruhan dan akan mendapat keempat-empat faedah dari dewa chaos.

Legendary Lord: Daemon Prince

Tuan legenda yang menguasai Chaos Undivided ialah Daemon Prince, seseorang yang telah menyerahkan segala-galanya kepada chaos dan mendapat badan Daemon yang sakit untuk dirinya. Daripada campaign game, nampaknya ia memberitahu anda bahawa Daemon Prince secara khusus adalah putera Khislev yang cuba membunuh Ursun.

Sebagai Chaos Undivided, anda mempunyai beberapa mekanik unik. Pertama ialah perkara yang pemain boleh lakukan pada penempatan. Anda boleh menawan penempatan pada bila-bila masa dan berikannya pada satu daripada 4 chaos god. Penempatan itu juga akan menghasilkan unit god tersebut. Contohnya, anda memberikan kawasan tersebut pada Khorne, jadi anda boleh menggunakannya untuk membina hero Khorne dan Warhound.

Mekanik lain pula ialah Daemonic Glory. Setiap kali anda menawan sesuatu kawasan, anda akan mendapat Daemonic Glory untuk god yang anda pilih. Terdapat lime branch untuk setiap chaos god dan satu untuk Undivided. Jika anda mempunyai glory yang cukup dan memilih satu god, anda akan diminta untuk mengkhususkan diri dalam Tuhan itu, memberikan anda buff tinggi tetapi menghalang anda daripada perkara yang lebih baik untuk chaos god lain. Jika anda mengambil route Undivided, anda tidak perlu risau mengenainya. Tetapi pihak pembangun ada kata yang route itu lebih sukar untuk memaksimumkan undivided tree. Jadi, buatlah pilihan bijak.

Upgrade kedua akan memberi kesan pada Prince pemain. Sama seperti cara customization model ada Warhammer tabletop, anda boleh customize rupa Daemon Prince. Dengan menyelesaikan lebih banyak tugas dalam game, ia membuka bahagian baru untuk Daemon Prince daripada setiap chaos god. Ia juga boleh memberi kesan pada gameplay.

Grand Cathay

Ini juga antara gameplay yang telah diumumkan dulu. Perlumbaan ini mempunyai ciri unik seperti Great Bastion, sama seperti tembok besar China. Anda perlu mengekalkan tembok ini untuk menghalang musuh daripada melepasinya. Anda akan mempunyai meter yang dipanggil Bastion Great Level dan apabila ia meningkat musuh akan mula spawn dan bersiap sedia untuk menuju ke pintu pagar.

Wu Xing Compass

Kompas ini memberikan anda satu daripada empat buff berbeza berdasarkan Winds of Magic. Anda boleh memilih buff yang anda mahu gunakan kerana kesemuanya adalah baik untuk gameplay.

Ivory Road trade caravan

Ini adalah sim pengurusan perdagangan yang perlu anda uruskan. Anda boleh menghantar karavan keluar melalui laluan perdangangan, tetapi perkara seperti wilayah bersekutu akan mempengaruhi kejayaannya kerana karavan anda boleh diserang dan sebagainya.

Harmony

Setiap bangunan menyediakan mata Yin atau Yang, jadi anda perlu membina bangunan tertentu untuk mengimbangi Harmony. Dengan mengimbangi harmony memberikan anda buff, sementara melepaskan debuff kepada tentera anda jika sebaliknya. Unit mempunyai penjajaran Yin dan Yang juga, jadi anda mendapat bonus Harmony kerana meletakkannya bersebelahan antara satu sama lain.

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan mengenai Total War: Warhammer III kali ini. Kami juga ada temuramah eksklusif bersama James Whitston, Lead Battle Designer untuk game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Pra-daftar di sini
Total War: Warhammer 3
Publisher: Sega
Release Date TBC
Epic Games Store, Steam
Kesimpulan bencana terhadap trilogi Total War: WARHAMMER akan datang. Kumpulkan kekuatan anda dan melangkah ke Alam Kekacauan, dimensi kengerian minda di mana nasib dunia akan ditentukan. Adakah anda akan menakluki Daemon anda ... atau memerintahkan mereka?
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: campaignCreative AssemblysegaTotal War: Warhammer III
Previous Post

Review Rainbow Six Extraction – Jadi barisan pertahanan terakhir melawan parasit!

Next Post

Review Predator Helios 500 (2022) – Mesin gaming epik untuk gamer hardcore

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Predator Helios 500 (2022) – Mesin gaming epik untuk gamer hardcore

Review Predator Helios 500 (2022) - Mesin gaming epik untuk gamer hardcore

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd