Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Total War: WARHAMMER III – Forge of The Chaos Dwarfs akan tiba 13 April – info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2023
in Artikel, Berita, DLC, PC, Real time strategy
0 0
0
Total War: WARHAMMER III – Forge of The Chaos Dwarfs akan tiba 13 April – info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA Europe Limited dan The Creative Assembly Limited, hari ini mengumumkan Forge of The Chaos Dwarfs Campaign Pack untuk Total War: WARHAMMER III, yang bakal keluar pada 13 April. Di sini, marilah kita kuasai dunia WARHAMMER sebagai Astragoth Ironhand, Drazhoath the Ashen, dan Zhatan the Black, dengan mekanik, objektif dan unit unik yang hanya dapat dicipta oleh Chaos Dwarf.

Berikut adalah trailer rasmi:

Chaos Dwarfs ialah kaum pahlawan daripada suku Daemonsmiths yang bersifat tiada belas kasihan dan merupakan pembunuh kejam. Dalam pek ini, pemain boleh mengawal tiga daripada Lord Legendary mereka:

  • Astragoth Ironhand aka High Priest of Hashut adalah Sorcerer Prophet paling kuat. Walau bagaimanapun, badannya mula membatu, lalu mengurungnya ke dalam sut mecha berkuasa.
  • Drazhoath the Ashen ialah raja kepada Black Fotress dan komander kepada Legion of Azgorh. Dusir oleh Astragoth, sihir dan kebijaksanaan Drazhoath semakin kuat, begitu juga dengan keinginannya untuk membalas dendam.
  • Zhatan the Black ialah komander kepada Tower of Zharr. Kehebatan pertempurannya memang tiada tandingan dan meninggal medan perang dalam huru-hara.

Selain itu, Gorduz Backstabber turut ada dan akan menjadi Legendary Hero yang boleh direkrut oleh pemain. Setelah hidup sangat lama, dia secara natural memiliki berbakat untuk bertahan hidup dalam apa jua keadaan.

Daripada segi gameplay, pek baharu ini menambah beberapa hal menarik. Untuk memaksimumkan potensi empayar Chaos Dwarf anda, pemain harus memahami empat mekanik unik dalam kempen. Pertama sekali adalah;

  • The Hell Forge membolehkan legiun Chaos Dwarf menjadi lebih kuat dengan membangun skema khas daripada api, setiap satu memberikan bonus pertempuran.
  • Untuk Tower of Zharr, para Chaos Dwarfs bersaing sesama sendiri untuk menjadi ahli majlis, latas memberikan ganjaran yang unik apabila dinaikkan pangkat.
  • Konvoi membenarkan perdagangan alat perang sebagai balasan untuk pelbagai sumber, sambil berperang dan menukar buruh di sepanjang jalan, untuk memastikan keuntungan sentiasa masuk.
  • Ekonomi memerlukan pelbagai pendekatan berbeza termasuk menakluk kawasan, pengurusan buruh, membina bangunan canggih, dan mengembangkan empayar.

Sebagai update percuma untuk semua pemilik Total War: WARHAMMER III, kedua-dua Kislev dan The Empire akan menerima Legendary Hero Ulrika Magdova. Sangat unik di kalangan puaknya, Magdova ialah seorang vampire yang pakar dalam pertempuran hibrid jarak dekat dan jarak jauh, serta sihir daripada Lore of Shadows.

Buat sesiapa yang berminat, pre-order Total War: WARHAMMER III – Forge Of The Chaos Dwarfs sebelum ia dilancarkan secara rasmi untuk menerima diskaun 10%. Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila layari blog Total War.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Forge of The Chaos DwarfsStrategyTotal War: Warhammer III
Previous Post

System Shock Versi PC Ditunda Sehingga Mei 2023, Boleh Pre-order Sekarang!

Next Post

Meet Your Maker Akan Hadir 4 April Ini Secara Percuma Untuk Pelanggan PS Plus!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Meet Your Maker Akan Hadir 4 April Ini  Secara Percuma Untuk Pelanggan PS Plus!

Meet Your Maker Akan Hadir 4 April Ini Secara Percuma Untuk Pelanggan PS Plus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd